Drama terbaru Im Siwan dan Seolhyun siap sedia untuk tayangan November depan

Drama Genie TV terbaru yang  bertajuk ‘“I Don’t Feel Like Doing Anything” lakonan Im Siwan dan Seolhyun telah mendapat persetujuan untuk penayangannya.

‘I Don’t Feel Like Doing Anything’ ialah drama bergenre romantik berdasarkan Webtoon popular dengan tajuk yang sama. Drama bertemakan percintaan ini mengisahkan tentang seseorang yang memutuskan untuk berhenti dari gaya hidupnya sekarang yang berlokasi dibandar besar dan sibuk. Selepas itu, dia memutuskan untuk berpindah ke sebuah bandar kecil dan tidak berbuat apa-apa sehingga akhirnya dapat mencari dirinya sendiri.

Dalam drama itu, Siwon akan melakonkan watak Ahn Da Bum, seorang genius, yang bersaing dalam bidang matematik menentang pelajar Universiti Kebangsaan Seoul 20 tahun lalu. Selepas mengalami kejadian malang, dia masih berjaya masuk ke universiti kebangsaan.

Tetapi Ahn Dae Bum membesar sebagai seorang yang pemalu dan kini bekerja sebagai pustakawan di sebuah perkampungan kecil tepi laut bernama Angok.

Sementara itu, Seolhyun akan memainkan watak Lee Yeo Rum, seorang gadis berusia 28 tahun. Dia baru sahaja menjadi pekerja tetap 3 bulan lepas di syarikat tempat dia bekerja selama 5 tahun. Walau bagaimanapun, dia akhirnya mengisytiharkan mogok dalam hidupnya sendiri, berhenti kerja, dan hanya membawa satu beg galas ke Angok, di mana dia tinggal di bilik biliard yang kosong.

“I Don’t Feel Like Doing Anything” juga akan dibintangi oleh Shin Eun Soo dan Bang Jae Min. Drama ini akan mendapat khidmat sutradara Lee Yoon Jung, yang pernah mengarahkan “Coffee Prince,” “Golden Time,” dan “Cheese in the Trap.” Drama ini dihasilkan oleh KT Studio Genie, yang telah berada di belakang projek seperti “Extraordinary Attorney Woo,” “Good Job,” dan “Gaus Electronics,” dan akan diterbitkan oleh GTist, yang menerbitkan “It’s Okay, That’s Love,” “ Dear My Friends,” “Live”, “Hotel Del Luna,” “Our Blues,” dan banyak lagi.

Drama “I Don’t Feel Like Doing Anything” lakonan Im Siwan dan Seolhyun ini akan ditayangkan pada November depan melalui Genie TV, seezn, dan ENA!

Sumber : 1 , 2 ,

loading...