“One Dollar Lawyer” lakonan Namgoong Min rekod tontonan tertinggi

“One Dollar Lawyer” drama rangkaian SBS tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan rekod tontonannya.

Pada 7 Oktober, drama baharu yang dibintangi oleh Namgoong Min dan Kim Ji Eun mencecah paras penonton tertinggi sepanjang masa. Menurut Nielsen Korea, “One Dollar Lawyer” memperoleh purata penarafan seluruh negara sebanyak 14.9% untuk episod kelimanya, menandakan ia adalah rekod peribadi baharu untuk siri itu.

Walaupun menghadapi saingan sengit daripada “One Dollar Lawyer” (yang mana ia berkongsi slot masa yang sama), “The Golden Spoon” MBC juga menikmati peningkatan dalam tontonan untuk episod kelimanya sendiri, yang memperoleh purata 5.9% di seluruh negara.

Manakala, “Blind” tvN memperoleh purata penarafan seluruh negara sebanyak 2.2% untuk episode malam itu.

Tahniah kepada pelakon dan krew “One Dollar Lawyer”!

nota : Drama “One Dollar Lawyer” dan “The Golden Spoon” boleh distrim dan ditonton menerusi Disney+ Hotstar setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.50 malam waktu tempatan. “Blind” pula boleh ditonton menerusi Astro K-Plus Ch 396 dan Astro Go setiap Sabtu dan Ahad, jam9.15 malam waktu tempatan. Drama itu juga tersedia di platform Viu Malaysia juga pada setiap Sabtu dan Ahad.

Sumber : Newsen | news1

loading...