Nam Woohyun ahli INFINITE terakhir tinggalkan Woollim Entertainment

Nam Woohyun INFINITE telah meninggalkan dengan agensi lamanya, Woollim Entertainment.

Menerusi kenyataan rasmi pada 7 Oktober, Woollim Entertainment mengumumkan bahawa kontrak Nam Woohyun dengan agensi itu telah berakhir selepas 14 tahun bersama. Nam Woohyun merupakan ahli terakhir INFINITE yang meninggalkan dengan agensi itu.

Baca kenyataan mereka di bawah:

Helo, ini Woollim Entertainment.

Kami ingin berkongsi mesej terima kasih kepada mereka yang sentiasa menghantar kasih sayang dan sokongan yang tidak terhingga kepada artis agensi kami.

Mulai hari ini (7 Oktober), kontrak pengurusan kami dengan ahli INFINITE Nam Woohyun, yang telah bersama kami selama 14 tahun yang lalu, telah berakhir.

Kami dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Nam Woohyun, yang telah lama bersama kami, dan kami juga berterima kasih kepada peminat, yang tidak pernah jemu memberikan kasih sayang.

Pada masa hadapan juga, Woollim Entertainment akan menyokong dan beri galakkan kepada Nam Woohyun tanpa henti, yang akan menyapa anda dalam pelbagai bidang.

Terima kasih.

Selain agensi Woollim Entertainment, Woohyun juga telah menyampaikan sendiri berita pemergian tersebut melalui surat tulisan tangan yang dimuat naiknya di Instagram.

Helo, ini Nam Woohyun INFINITE.

Berikutan musim bunga yang penuh dengan cahaya matahari dan musim panas yang panas dan lembap dari semua hujan, tiba-tiba musim luruh Oktober yang agak sejuk telahpun menjelma. Memandangkan ini adalah musim di mana daun-daun musim luruh berbunga dan berguguran, saya pun menulis surat ini dengan pemikiran daun yang mekar dan berguguran.

Kontrak saya dengan Woollim Entertainment, selama 14 tahun telah berakhir. Saya telah menghabiskan masa muda saya dari usia remaja sehingga ke saat ini bersama agensi ini. Telah tiba masanya kami memutuskan satu sama lain di masa hadapan.

Sekarang saya berpindah ke sarang baru dari satu ruang yang saya anggap seperti rumah kedua saya, yang sentiasa memeluk saya dan memberi saya keberanian, dan berjalan bersama sambil memegang tangan saya, perasaan saya agak rumit dan saya juga fikir ia akan menjadi musim gugur yang agak sejuk pada Oktober 2022. Walaupun saya semakin jauh dari Woollim Entertainment, saya ingin mengatakan bahawa hati kita sentiasa dekat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala kerja keras semua keluarga Woollim, yang telah bersama saya selama 14 tahun yang lalu, sejak dari langkah pertama saya.

Saya akan membalas budi peminat saya, yang tetap mempercayai dan menyayangi saya sehingga kini, dengan pelbagai promosi.

Woollim Entertainment, hwaiting! INSPIRIT [kelab peminat INFINITE] Saya sayang awak! Nam Woohyun hwaiting!

Nam Woohyun memulakan kerjaya sebagai ahli INFINITE pada 2010. Apabila INFINITE mula-mula memperbaharui kontrak mereka dengan Woollim pada 2017, Hoya memutuskan untuk pergi selepas tamat kontraknya. L juga meninggalkan Woollim Entertainment pada 2019, tetapi menyatakan dia akan terus menjadi sebahagian daripada kumpulan itu. Tahun lepas, Sunggyu, Sungyeol dan Dongwoo juga turut meninggalkan Woollim selepas kontrak mereka tamat. Terakhir, Sungjong telah meninggalkan agensi itu pada Januari lalu dan baru-baru ini menandatangani kontrak dengan SPK Entertainment.

Jangan risau, INFINITE masih wujud cuma berbeza agensi saja!

Selamat maju jaya untuk Nam Woohyun!

Sumber : 1 | 2