Song Joong Ki sekali lagi raih Daesang di APAN Star Awards 2022. Ini senarai penuh pemenang

APAN Star Awards 2022 telah pun melabuhkan tirainya. Kali ini ia diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX), Ilsan, Provinsi Gyeonggi.

Ini merupakan acara luar talian pertama yang diadakan oleh APAN Star Awards selepas 2 tahun dan ia bertujuan untuk memberi penghargaan kepada drama yang disiarkan dari Mac 2021 hingga Julai 2022 serta mereka yang telah menjayakannya.

Acara ini dihoskan oleh Yuri SNSD dan Jung Il Woo, yang kedua-duanya membintangi drama”Bossam: Steal the Fate” and “Good Job”.

Anugerah rookie yang diidamkan diberikan kepada Yoon Chan Young, Tang Jun Sang dan Park Ji Hu, manakala Park Seo Ham dan Park Jae Chan DKZ memenangi anugerah Pasangan Terbaik untuk drama BL mereka “Semantic Error.” Anugerah populariti ditentukan melalui undian sahaja dan ini diberikan kepada Park Jae Chan dan Park Eun Bin. Skrip drama “Extraordinary Attorney Woo” yang dihasilkan oleh Moon Ji Won juga dianugerahkan sebagai Penulis Terbaik. Drama popular MBC “The Red Sleeve” membawa pulang tiga anugerah, termasuk Drama Terbaik dan Anugerah Kecemerlangan Terbaik untuk pelakon utamanya Lee Junho.

Hadiah utama malam itu menjadi milik Song Joong Ki untuk “Vincenzo” tvN. Pelakon itu berkongsi dalam ucapan penerimaannya, “Semasa anugerah [Bintang APAN] pertama, saya duduk di kerusi ini dan menyaksikan senior saya memenangi anugerah. Saya tidak fikir saya akan gugup tetapi sebenarnya saya gugup. Saya tidak yakin dengan ‘Vincenzo’ tetapi kerana kakitangan produksi memandang saya dengan begitu ikhlas, saya boleh menjadi ‘Vincenzo.’” Song Joong Ki juga turut menyatakan terima kasih kepada keluarga, agensi dan para peminat yang selama ini menjadi sumber kekuatannya. Dia juga mendedikasikan anugerah ini kepada Lee Kyung Hee pengarah “Innocent Man” yang menjadi titik permulaan kariernya dan memberikan impak besar dalam kehidupannya.

Sebagai makluman, ini kali kedua Song Joong Ki meraih Daesang. Kali pertama pada tahun 2016 menerusi “Decendants of the Sun”.

Jom semak senarai pemenang APAN Star Awards 2022

Grand Prize: Song Joong Ki

Drama of the Year: MBC “The Red Sleeve”

Best Director: Jung Ji In and Song Yeon Hwa (MBC “The Red Sleeve”)

Best Writer: Moon Ji Won (ENA “Extraordinary Attorney Woo”)

Web drama: “Be My Boyfriend”

Short-form Drama: tvN Drama Stage “2021 – Deok Gu is Back”

Best New Actor: Yoon Chan Young (Netflix “All of Us Are Dead”), Tang Jun Sang (Netflix “Move to Heaven,” SBS “Racket Boys”)

Best New Actress: Park Ji Hu (Netflix “All of Us Are Dead”)

Best Supporting Actor: Yoon Byung Hee (tvN “Vincenzo,” tvN “Our Blues”), Heo Sung Tae (Netflix “Squid Game”)

Best Supporting Actress: Kim Shin Rok (Netflix “Hellbound”), Baek Ji Won (Coupang Play “Anna,” ENA “Extraordinary Attorney Woo”)

Excellence Award, Actor in a Serial Drama: Han Sang Jin (KBS1 “The All-Round Wife”)

Excellence Award, Actress in a Serial Drama: So Yi Hyun (KBS2 “Red Shoes”)

Top Excellence Award, Actor in a Serial Drama: Joo Sang Wook (KBS1 “The King of Tears, Lee Bang Won”)

Top Excellence Award, Actress in a Serial Drama: Park Jin Hee (KBS1 “The King of Tears, Lee Bang Won”)

Excellence Award, Actor in a Miniseries: Jin Sun Kyu (SBS “Through the Darkness”)

Excellence Award, Actress in a Miniseries: Yoo Sun (tvN “Eve”)

Top Excellence Award, Actor in a Miniseries: 2PM’s Lee Junho (MBC “The Red Sleeve”)

Top Excellence Award, Actress in a Miniseries: Shin Min Ah (tvN “Hometown Cha-Cha-Cha,” tvN “Our Blues”)

Excellence Award, Actor in an OTT (over-the-top) Series: Ahn Bo Hyun (TVING – “Yumi’s Cells,” Netflix “My Name”)

Excellence Award, Actress in an OTT Series: Han Sun Hwa (TVING – “Work Later, Drink Now”)

Top Excellence Award, Actor in an OTT Series: Jung Hae In (Netflix – “D.P.”)

Top Excellence Award, Actress in an OTT Series: Kim Sung Ryung (wavve – “Political Fever”)

Global Star Award: Ji Chang Wook

Best Manager Award: BH Entertainment – CEO Son Seok Woo

K-pop Label Award: KONNECT Entertainment

Idol Champ Best Couple Award: Park Seo Ham and Park Jae Chan (“Semantic Error”)

Idol Champ Female Popularity Award: Park Eun Bin

Idol Champ Male Popularity Award: Park Jae Chan

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : mydaily

loading...