DIA Akan Menamatkan Aktiviti Kumpulan Secara Rasmi Pada 17 September Ini

Girl Group DIA akan secara rasminya mengakhiri aktiviti mereka bersama sebagai satu kumpulan pada 17 September ini.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh agensi DIA, PocketDol Studio, mereka telah mengumumkan bahawa aktiviti DIA akan berakhir pada 17 September dengan keluaran album terbaru mereka.

DIA, yang telah bersama kami sejak tujuh tahun lalu, akan tamat kontrak eksklusif mereka dengan kami pada 17 September.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas kasih sayang dan sokongan berterusan mereka untuk DIA. Kami juga meminta agar anda semua terus menunjukkan minat dan sokongan berterusan kepada semua ahli yang akan memulakan perjalanan baharu mereka di laluan masing-masing. Kami juga akan menyokong masa depan mereka dengan penuh ikhlas.

Siaran rancangan muzik, yang dijadualkan sebelum ini, akan dibatalkan kerana kecederaan Chaeyeon.

— Studio PocketDol

DIA membuat kemunculan semula terakhir mereka dengan lagu “The blinding Past” dan pada asalnya dijadualkan untuk membuat persembahan di rancangan muzik buat kali terakhir. Bagaimanapun, Chaeyeon mengalami kecederaan semasa penggambaran K-Dramanya yang akan datang (MBC – Golden Spoon), dan memerlukan pembedahan.

Terima kasih DIA kerana menghiburkan kami sepanjang 7 tahun ini.

Sumber : xportsnews

loading...