“Dr. Romantic” akan kembali untuk musim 3 tahun hadapan disamping Han Suk Kyu, Ahn Hyo Seop, dan Lee Sung Kyung

Secara rasminya drama ”Dr. Romantic” kembali untuk musim yang ketiga!4

Pada 15 September, sumber dari SBS mendedahkan produksi danbarisan pelakon untuk “Dr. Romantic 3.” Bersama penulis skrip Kang Eun Kyung dan Lim Hye Min serta pengarah Yoo In Suk, pelakon Han Suk Kyu yang memainkan watak utama dari musim pertama, serta Ahn Hyo Seop dan Lee Sung Kyung dari Musim 2 akan menyertai musim akan datang.

“Dr. Romantic” menggambarkan kisah doktor yang ikhlas bekerja di Hospital Doldam yang terletak di luar bandar. Musim 1, yang pertama kali disiarkan pada 2016, mencatatkan penarafan penonton terbaik peribadi sebanyak 27.6%, manakala Musim 2 yang disiarkan pada 2020 berakhir dengan rekod terbaik peribadi sebanyak 27.1%.

Musim pertama memfokuskan pada kisah Dr. Kim (Han Suk Kyu) seorang doktor yang bekerja di luar bandar dan telah merawat ramai pesakit di kampung itu. Kemudian, “Dr. Romantic 2” menampilkan pelakon baharu, iaitu Ahn Hyo Seop dan Lee Sung Kyung. Ahn Hyo Seop adalah seorang doktor yang bekerja untuk wang, manakala Lee Sung Kyung sentiasa berasa loya dan gementar semasa pembedahan.

Pasukan produksi berkongsi, “‘Dr. Romantic’ menerima sokongan yang hebat daripada penonton setiap musim. Walaupun sudah dua tahun berlalu, pihak produksi dan semua pelakon akan melakukan yang terbaik untuk membuat persiapan agar kami dapat membalas budi mereka yang masih mengingati dan menanti [kepulangan] ‘Dr. Romantic.’”

“Dr. Romantic 3” akan memulakan penggambaran dan akan bersiaran pada 2023.

Sumber : isplus

loading...