Tamat khidmat tentera secara rasmi, L INFINITE kembali ke pangkuan peminat

Kim Myung Soo INFINITE kembali daripada setelah menamatkan perkhidmatan tenteranya!

Kim Myung Soo telah mendaftar dalam Kor Marin pada 22 Februari 2021 selepas dia berkongsi mesej video kepada peminat bahawa dia berjanji akan kembali sebagai versi baharu dirinya sebagai  Kim Myung Soo “Bahagian 2.”

Selepas keluar dari tentera, Kim Myung Soo melalui Instagramnya pada 22 Ogos berkongsi dengan menyatakan, “Sambil merasai dan mempelajari banyak perkara baharu, saya menghabiskan masa di Marin dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang menunggu. Bahagian 2 kini bermula.” Foto yang dimuat naik itu memaparkan sijil anugerah diterimanya kerana menjadi model tentera laut serta surat yang diterima daripada rakan sebayanya dalam tentera.


Kim Myung Soo debut pada Jun 2010 dengan nama L dalam kumpulan INFINITE. Walaupun dia meninggalkan Woollim Entertainment pada Ogos 2019, dia masih lagi kekal bersama ahli kumpulan itu. Dia sebelum ini membintangi beberapa projek drama seperti “Royal Secret Agent,” “Meow, the Secret Boy, “Angel’s Last Mission: Love,” dan banyak lagi. Dia juga sempat berkongsi single solo pertamanya “Memory” sebelum mendaftar masuk khidmat tentera.

loading...