Ha Sung Woon akan mulakan khidmat tenteranya 5 September depan

Ha Sung Woon akan mendaftar masuk untuk memulakan perkhidmatan ketenteraan wajibnya bulan depan.

Pada 18 Ogos, labelnya BPM Entertainment mengumumkan Ha Sung Woon bersedia untuk mendaftar pada 5 September. Mereka tidak akan mendedahkan masa dan lokasi yang tepat kerana kebimbangan virus COVID-19.

Agensinya turut menyatakan agar peminat terus tunjukkan minat dan menyokong Ha Sung-woon, yang akan menunaikan tugas ketenteraannya dengan penuh kesetiaan dan kembali dengan imej yang lebih sihat dan matang.

Seperti yang dijadualkan, Ha Sung Woon akan meriliskan album EPnya ‘Strange World’ pada 24 Ogos ini.

Nantikan perkembangan terkini tentang Ha Sung Woon!

Sumber : tenasia

loading...