Filem Terbaru Netflix “Seoul Vibe” Perkenalkan Krew Paling Hebat Dalam Gaya Hip Hop dan Retro

Filem Korea terbaru “Seoul Vibe” akan ditayangkan di Netflix pada 26 Ogos ini. Terbaru, Netflix telah berkongsi treler dan poster baharu “Seoul Vibe” yang mempamerkan barisan pelakon Pasukan Sanggye-dong, krew pemandu dan mekanik bergaya yang menyamar untuk membongkar beberapa perniagaan yang mencurigakan melibatkan dana haram VIP. Pada ketika itu, ianya adalah musim panas tahun 1988 ketika Seoul sedang berhempas pulas bersiap sedia sebagai tuan rumah untuk temasya Sukan Olimpik.

Dengan rentak berirama dari pita bertajuk ‘Seoul Vibe mixtape 1988’, treler itu bermula dengan tawaran yang sukar ditolak daripada pihak pendakwa Ahn menyebabkan sekumpulan pemandu dan mekanik yang menganggotai Pasukan Sanggye-dong terpaksa mengumpul dana haram untuk melucutkan senjata rahsia watak misteri bernama “President Kang” yang merupakan antara orang berpengaruh pada tahun 1988 di Korea Selatan. Tanpa diduga mereka menjadi terkenal dan sebenarnya berdepan bahaya besar, yang memerlukan mereka bermain-main dengan kereta utama mereka untuk menghasilkan kenderaan terbaik dalam menumpaskan jenayah hingga ke akhirnya. Mereka juga berdepan berbagai halangan termasuk ancaman daripada Pengarah Lee, yang mendapati tindakanmereka itu mencurigakan.

Treler

Treler ini bermula dengan suasana Seoul pada tahun 1980-an dan deruman kereta-kereta bergaya di eranya. Pasukan Sanggye-dong nampaknya berhadapan dengan tawaran untuk menjadi pengintip dengan hasil yang lumayan. Tetapi nampaknya mereka juga terpaksa menerima pelbagai akibat seperti diburu polis dan berhadapan dengan bahaya.

Pasukan Sanggye-dong terdiri daripada pemandu hebat dengan kemahiran drifting yang sempurna bernama Dong-wook (Yoo Ah-in), John Woo seorang DJ (Go Kyung-pyo), Bok-nam pelayar yang boleh dipercayai (Lee Kyu Hyung), Yoon-hee pelumba motosikal yang berbakat (Park Ju-hyun), dan seorang mekanik Joon-gi (Ong Seong-wu). Mereka bekerjasama untuk menggagalkan sindiket jenayah ketika Seoul bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1988.

Pengarah Moon Hyun-sung berkata, “Langkah pertama Seoul Vibe ialah hip hop,” mengaitkan muzik dan budaya hip hop dari tahun 80-an sebagai salah satu motif filem. Pasukan Tertinggi Sanggye-dong yang bergaya akan mencerminkan gabungan getaran retro dan hip hop (“hip-tro”).

Yoo Ah-in, yang dikenali antara lain melalui Hellbound, muncul dalam gaya baharu di Seoul Vibe, dan berkongsi bahawa terdapat hubungan rapat antara pelakon. “Dari awal hingga akhir ia seperti bergaul dengan rakan sebaya,” katanya.

Ong Seong-wu menambah, “Suasana dan vibe di set adalah menakjubkan! Ia seolah-olah ‘Bbagkku Fam’ bersatu dalam kehidupan sebenar.”

Daripada perlumbaan di jalan raya awam, mempamerkan aksi bahaya, menguji kemahiran pemanduan lorong anda, sehinggalah kepada fesyen bergaya dekad ini, filem ini menjanjikan pelbagai aksi pemanduan yang menarik, visual yang menawan dan runut bunyi yang menarik. Jadi jangan lupa untuk menonton “Seoul Vibe” hanya di Netflix pada 26 Ogos ini.