Lee Jong Suk dan YoonA bicara tentang keserasian watak mereka dalam “Big Mouth”

Drama terbaru lakonan Lee Jong Suk dan Yoona Girls Generation, “Big Mouth” semakin menghampiri tayangannya. Terbaru, kedua teraju utama drama ini berbicara tentang peranan mereka dalam tersebut.

“Big Mouth” ialah drama noir yang mengisahkan seorang peguam kelas tiga yang akhirnya bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan yang mengubahnya semalaman menjadi penipu genius yang dikenali sebagai “Big Mouse.” Untuk terus hidup dan melindungi keluarganya, peguam “bermulut besar” itu mesti mendedahkan konspirasi besar di kalangan kelas atasan yang mempunyai keistimewaan. YoonA pula berlakon sebagai Go Mi Ho, isteri Park Chang Ho yang merupakan seorang jururawat yang yakin dan bijak.

Berbicara tentang watak Park Chang Ho, Lee Jong Suk berkongsi bahawa cintanya terhadap keluarga adalah motivasi di sebalik watak tersebut. Dia menjelaskan, “Keluarga adalah satu-satunya tenaga penggerak yang membolehkan Park Chang Ho mengharungi situasi sukar yang diberikan kepadanya. Dia menyalakan naluri kelangsungan hidup untuk memikul tanggungjawab terhadap keluarganya dan mencari rezeki sebagai peguam serta untuk terus hidup dan kembali kepada keluarganya setelah bebas dari penjara.”

YoonA berkongsi, “[Go Mi Ho] ialah sorang yang mengatakan bahawa dia paling mengenali Park Chang Ho apabila semua orang mula mengesyakinya. Emosi dari setiap peristiwa gembira dan sedih, setiap saat yang mereka habiskan bersama serta kepercayaan [Go Mi Ho] yang dibina sebagai orang yang paling rapat dengan [Park Chang Ho] akan membolehkan Go Mi Ho bersabar dengan keadaan itu dan meneruskan langkahnya.”

Kedua-dua pelakon itu juga menilai keserasian Park Chang Ho dan Go Mi Ho sebagai 10 daripada 10 sebagai pasangan yang saling bergantung antara satu sama lain.

Meskipun mereka terpisah secara fizikal sehingga tidak dapat bersama, mereka akan saling memahami perasaan masing-masing tidak kira di manapun mereka berada, mempamerkan kerja berpasukan yang luar biasa dan tetap berinteraksi dengan baik walaupun tanpa sebarang bicara. – Lee Jong Suk

Walaupun mereka dipisahkan oleh jarak, Park Chang Ho dan Go Mi Ho akan bekerjasama antara satu sama lain dengan kerja berpasukan yang sempurna, dan ia akan menggembirakan apabila mereka akhirnya berjaya menyelesaikan kes itu. Saya harap emosi ini disampaikan dengan baik kepada penonton juga.- Yoona

Dalam pada itu drama ini turut dibintangi oleh Kim Joo Hun, Yang Kyung Won, Lee Yoo Joon, Park Hoon, Ok Ja Yeon, Kwak Dong Yeon, Lee Ki Young dan ramai lagi. “Big Mouth” akan ditayangkan pada 29 Julai pada 9.50 PM KST (10.50 PM MYT) Para penonton juga boleh mula strim drama tersebut pada hari yang sama menerusi Disney+ Hotstar.

Sumber : sedaily

loading...