Rating “Alchemy of Souls” kembali meningkat, manakala “Cleaning Up” berakhir dengan rating tertinggi

Tayangan malam tadi memperlihatkan rating drama JTBC “Cleaning Up” JTBC dan tvN “Alchemy of Souls”  melonjak ke tahap baharu malam tadi!

Pada 24 Julai, siri akhir “Cleaning Up” mencapai rating penonton tertinggi bagi keseluruhan tayangan drama itu dengan mencatat 3.015%. Ini merupakan rating tertinggi bagi drama tersebut sepanjang ia ditayangkan.

Sementara itu, selepas ratingnya jatuh ke paras terendah sepanjang masa pada tayangan malam terdahulu,  nampaknya “Alchemy of Souls” berjaya mencatatkan peningkatan purata tontonan kepada 7.1 % untuk siaran malam tadi.  Episod terbaharu drama percintaan fantasi mendapat tempat pertama dalam slot masanya di antara kesemua saluran kabel dan ia merupakan rekod peribadi terbaru untuk drama tersebut. Episode 12 “Alchemy of Souls” mengisahkan bagaimana Mu Deok mula menunjukkan perasaannya dan adengan pelukannya dengan Jang Uk secara tidak langsung membantu kenaikan purata tontonan.

Bagaimanapun, drama siaran KBS 2TV “It’s Beautiful Now” kekal sebagai program yang paling ramai ditonton pada hari Ahad dengan purata tontonan seluruh negara sebanyak 25.7 peratus.

Sumber : mksports | newsen

loading...