K-Drama noir terbaru “Big Mouth” lakonan Lee Jong Suk dan Lim Yoona akan tayang di Disney+ Hotstar

Apabila seorang peguam yang tidak cekap dipenjarakan sebagai sebahagian daripada kes pembunuhan yang sedang disiasatnya, dia akan dipaksa untuk menjadi penipu yang terkenal dengan harapan untuk membersihkan namanya.

KUALA LUMPUR, 13 Julai, 2022 – Apabila peguam yang tidak cekap, Park Chang-Ho bersetuju untuk mengambil kes pembunuhan misteri, dia akan berdepan beberapa siri peristiwa yang tidak menyenangkan serta lawan yang kuat, sehingga mengakibatkan beliau dipenjarakan selepas dituduh sebagai salah seorang penipu yang paling terkenal. Dibintangi oleh Lee Jong-Suk dan Lim Yoona, Big Mouth ialah drama Korea baru dengan 16 episode yang akan bersiaran di Disney+ Hotstar pada 29 Julai.

Park Chang-ho adalah salah seorang peguam Korea yang paling tidak cekap dan malang. Dibelenggu oleh nasib malang yang tidak berkesudahan dengan kadar kemenangan mahkamah hanya 10 peratus, hidupnya menjadi lebih teruk apabila dia diupah untuk mengendalikan kes berprofil tinggi dan mendapati dirinya dipenjarakan bersama pembunuh yang sedang disiasatnya.

Chang-Ho dituduh sebagai penipu terkenal bernama “Big Mouse” selepas menemui sejumlah besar dadah bersama wang, senjata dan telefon bimbit di pejabatnya. Kemudian, dia terpaksa menjadi “Big Mouse” dengan harapan dia boleh bertahan di dalam penjara dan membuktikan dia tidak bersalah sekaligus membersihkan namanya daripada dikenali sebagai “Big Mouth”.

Drama ini dibintangi oleh Lee Jong-Suk (While You Were Sleeping, I Hear Your Voice) sebagai peguam Park Chang-Ho dan Lim Yoona (Hush, The King In Love) sebagai isteri dan seorang jururawat yang tabah. Selain itu, Big Mouth turut dibintangi oleh Kim Joo-Hun (Soundtrack #1), Ok Ja-yeon (Mine), Yang Kyung-won (Crash Landing on You), dan Kwak Dong-yeon (Vincenzo). Manakala Kim Ha Ram menghasilkan naskhah drama ini dan diarahkan oleh Oh Choong-hwan (Start-Up, Hotel Del Luna, While You Were Sleeping).

Big Mouth boleh distrim secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 29 Julai ini.

Big Mouth akan menambah deretan kandungan khas istimewa yang tersedia di Disney+ Hotstar. Peminat K-Pop juga boleh menikmati BLACKPINK THE MOVIE yang diciptakan sebagai surat cinta kepada kelab peminat BLACKPINK, “BLINK”. BLACKPINK THE MOVIE menampilkan coretan daripada dua siri jelajah terakhir kumpulan itu serta wawancara eksklusif dengan ahli kumpulan iaitu Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa.

Selain itu, penggemar kandungan bahasa Korea juga dapat menikmati pelbagai drama Korea yang telah diriliskan terdahulu seperti Soundtrack #1, yang menceritakan cinta yang tidak terbalas di antara dua kawan rapat; Grid, sebuah siri misteri-thriller tentang seseorang yang dahulu pernah menyelamatkan manusia dan kini dikenalpasti sebagai rakan sejenayah kepada seorang pembunuh dan Rookie Cops; drama percintaan kampus yang mengikuti kehidupan sekumpulan pelajar baru di Akademi Polis Kebangsaan Korea.

Selain itu, ada juga drama Link: Eat, Love, Kill yang mengisahkan seorang chef terkenal dunia yang tiba-tiba menangis di hadapan pelanggannya dan terpaksa melihat semula masa lalunya yang traumatik dan kehilangan misteri kakaknya serta Doctor Lawyer mengisahkan seorang pakar bedah terkenal Korea yang dipenjarakan dan terpaksa kehilangan lesen praktiknya yang akan membawa kepada kematian mengejut salah seorang pesakitnya. Insiden itu memaksanya keluar dari bilik bedah, menukar profesion ke bilik mahkamah untuk membela orang yang mengalami nasib yang serupa, sambil mendedahkan kebenaran di sebalik tuduhan yang dihadapinya

Tidak ketinggalan drama sensasi Snowdrop yang dibintangi Jisoo BLACKPINK, yang membawakan kisah tragis seorang mahasiswi yang bertentangan dengan keluarga dan negaranya untuk menyelamatkan lelaki yang dia cintai dan pelbagai cerita menarik lain dari banyak negara.

Jadi, jangan lupa untuk melanggan Disney+ Hotstar untuk mendapatkan drama-drama Korea yang terbaik. Memang tak rugi sebab korang boleh strim drama kegemaran korang sama waktu dengan tayangan di Korea!

loading...