Penyanyi rap Osshun Gum, atau nama sebenarnya Choi Ha Min kini sedang hadapi perbicaraan di mahkamah di atas dakwaan mencabuli kanak-kanak lelaki.
Peguambela Osshun Gum yang dipetik berkata defendan dituduh sengaja menyentuh kemaluan kanak-kanak lelaki kerana mahu menjilat tahinya. Disebabkan itu juga, peguambelanya mendakwa Osshun Gum kini berada dalam keadaan tidak waras dengan memetik defendan pernah menerima rawatan psikiatrik sekitar Jun 2021 dan diletakkan ke dalam hospital sakit jiwa selama 70 hari.
Defendan juga tidak mampu meneruskan aktiviti muziknya dan akhirnya pulang ke kampung halamannya di Jeonju. Oleh sebab Osshun Gum masih tidak waras, dia pernah pada suatu ketika berbaring di atas jalan tanpa memakai baju, malah pada hari kejadian menaiki teksi secara rawak ke Haeundae semata-mata untuk bersemuka dengan mangsa.
Rentetan daripada itu, Osshun Gum segera menyahaktif instagram-nya walaupun penyanyi rap itu sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan ‘single’ menjelang bulan hadapan. Tindakannya menyahaktif instagram secara tiba-tiba mengundang perasaan ingin tahu netizen sebelum mereka dikejutkan berita dirinya kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah di atas dakwaan mencabuli kanak-kanak.
Osshun Gum yang muncul buat pertama kali pada musim pertama Mnet High School Rapper, telah menangkap perhatian penyanyi rap terkenal, Swings sebelum membawanya menyertai agensi Just Music.