Chenle direhatkan daripada sesetengah aktiviti NCT selepas alami kecederaan buku lali

Chenle atau nama sebenarnya, Zhong Chenle daripada kumpulan NCT baru-baru ini menderita akibat kecederaan ke atas buku lalinya.

Pada 16 Mac 2022 hari ini, SM Ent. mengeluarkan kenyataan bagi merehatkan Chenle daripada sesetengah aktiviti NCT.

“Chenle cedera di bahagian buku lali kirinya ketika sedang membuat persiapan untuk album studio penuh kedua, NCT Dream. Kini, dia sedang menjalani rawatan. Disebabkan kami mementingkan kesihatan artis jagaan kami, maka kami berharap Chenle dapat menumpukan perhatian terhadap proses penyembuhannya. Tetapi, Chenle masih mahu aktif dengan aktiviti NCT, maka kami memutuskan untuk benarkan dia terbabit separuh daripadanya,” ujar jurucakap agensi itu.

“Kami nak peminat memahami bahawa Chenle tidak akan menunjukkan tarian dengan gerakan yang melampau,” tambahnya lagi.

NCT Dream akan melancarkan album Glitch Mode pada 28 Mac 2022 ini.

Sumber: newsen

loading...