Drama “Big Mouth” gandingan Lee Jong Suk dan YoonA siap sedia temui penonton Julai depan

Drama Korea terbaru “Big Mouth” lakonan Lee Jong Suk dan Yoona Girls Generation akan menyapa penonton pada musim panas ini!

“Big Mouth” ialah sebuah drama bertemakan misteri, tthriller dan perundangan yang bercerita tentang seorang peguam kelas tiga yang akhirnya bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan yang mengubahnya semalaman menjadi penipu genius yang dikenali sebagai “Big Mouse”. Untuk terus hidup dan melindungi keluarganya, dia mesti mendedahkan konspirasi besar di kalangan golongan atasan yang berpengaruh.

Terdahulu, drama ini pada asalnya dilaporkan disiarkan melalui tvN, namun pada 26 April lalu ia telah disahkan  bahawa “Big Mouth” akan ditayangkan pada bulan Julai depan melalui rangkaian MBC.

Big Mouse’ diarahkan oleh Oh Choong Hwan dari ‘While You Were Sleeping’, ‘Hotel Del Luna’, dan ‘Start Up’, dengan sentuhan kreatif oleh penulis skrip Jang Young Chul dan Jung Kyung Soon dari ‘Vagabond’.

Lee Jong Suk akan berperanan sebagai Park Chang Ho, seorang peguam kelas tiga dengan kadar kejayaan 10 peratus. Dia seorang peguam yang banyak bercakap sehingga semua orang memanggilnya ‘Si Mulut Besar’ (big mouth), manakala YoonA akan berperanan sebagai Go Mi Ho, seorang jururawat dan isteri Park Chang Ho. Turut membintangi drama ini adalah Kim Joo Heon sebagai Choi Do Ha, Ok Ja Yeon sebagai Hyun Joo Hee, Yang Kyung Won sebagai Gong Ji Hoon, dan Kwak Dong Yeon sebagai Jerry, sekaligus menambahkan keterujaan para penonton untuk menonton drama ini.

Pasukan produksi berkongsi, “Memandangkan penonton telah menunggu lama, kami akan bekerja keras supaya projek ini tidak mengecewakan jangkaan mereka, jadi sila nantikannya.”

“Big Mouth” akan ditayangkan pada bulan Julai depan setelah drama “Doctor Lawyer” yang bersiaran dirangkaian MBC setiap Jumaat-Sabtu mengakhiri tayangannya.

Stay tuned for more details!

Sumber : Sports.donga

loading...