Kisah pengkhianatan, penipuan, dan cinta terlarang di Istana, “Bloody Heart” bakal bersiaran di Disney+ Hotstar

imej Disney+ Hotstar

Kuala Lumpur, (KManiamy) – Selepas empat tahun menundukkan dirinya kepada kehendak golongan bangsawan negara untuk melindungi kedudukannya sebagai pemerintah, Raja Tae bersedia untuk melepaskan belenggu terakhirnya dan membalas dendam kepada mereka yang telah menindasnya terlalu lama dalam “Bloody Heart”, drama Korea terbaru tayangan Disney+ Hotstar, yang akan bersiaran mulai 2 Mei depan.

Drama sejarah yang berlatarkan zaman Dinasti Joseon akan menggabungkan kisah penipuan, pengkhianatan, dan pilihan rumit, di mana ia akan menimbulkan rasa keterujaan kepada penontonnya.

“Bloody Heart” berlatarkan di istana kerajaan fiktif Raja Lee Tae akan mengisahkan tentang rencana penipuan yang akan dilakukan oleh si Raja untuk menakluk Wakil Perdana Menteri, Park Gyewon, dan bangsawan Korea yang telah menindas dinasti Joseon selama beberapa generasi.

Setelah bebas dari belenggu akibat insiden yang tidak diduga, Raja Tae mula menyusun rancangan untuk mengembalikan kekuasaannya di istana dan kembali menjadi raja, seperti yang telah dia yakini sejak lahir.

Raja Tae memulakan langkahnya dengan melemahkan serta mensabotaj Gyewon dalam setiap kesempatan, sehingga suatu hari, seorang wanita yang mencuri hatinya sejak bertahun lama tiba-tiba muncul kembali dan mengancam untuk menggagalkan segala rancangannya.

Baca juga : Nah, 7 drama Korea terbaru disajikan untuk anda sepanjang Mei ini

“Bloody Heart” dibintangi oleh Lee Joon (The Silent Sea, The Immortal) sebagai Raja Lee Tae; Kang Han-na (My Roommate is a Gumiho, Start-Up) sebagai kekasih terlarangnya, Yoo Jeong; dan Jang Hyuk (Tell Me What You Saw, My Country) sebagai Wakil Perdana Menteri Licik, Park Gyewon. Drama ini yang menggabungkan kisah penipuan, pengkhianatan, dan pilihan rumit, akan menimbulkan rasa keterujaan kepada penonton untuk mengetahui kisah selanjutnya.

“Bloody Heart” juga akan menambah deretan kandungan khas istimewa yang tersedia di Disney+ Hotstar. Selain itu, penggemar kandungan bahasa Korea juga dapat menikmati pelbagai drama Korea yang telah diriliskan terdahulu seperti Soundtrack #1, yang menceritakan cinta yang tidak terbalas di antara dua kawan rapat; Grid, sebuah siri misteri-thriller tentang seseorang yang dahulu pernah menyelamatkan manusia dan kini dikenalpasti sebagai rakan sejenayah kepada seorang pembunuh dan Rookie Cops; drama percintaan kampus yang mengikuti kehidupan sekumpulan pelajar baru di Akademi Polis Kebangsaan Korea.

Tidak ketinggalan drama sensasi Snowdrop yang dibintangi Jisoo BLACKPINK, yang membawakan kisah tragis seorang mahasiswi yang bertentangan dengan keluarga dan negaranya untuk menyelamatkan lelaki yang dia cintai.

Jadi, jangan lupa untuk melanggan Disney+ Hotstar untuk mendapatkan drama-drama Korea yang terbaik.

loading...