HOT ISSUE terbubar akhirnya walaupun baru setahun ‘debut’

Kumpulan kpop perempuan yang baru ‘debut’ setahun lalu, HOT ISSUE terbubar akhirnya empat hari sebelum mereka menyambut ulang tahun.

Jurucakap agensinya, S2 Entertainment dilaporkan berkata, “Setelah berbincang panjang sesama kita, kami memutuskan untuk membubarkannya”.

“Kami sudah cuba berbuat terbaik untuk memastikan perjalanan HOT ISSUE berjalan mengikut matlamat kami, tetapi akhirnya terpaksa membuat keputusan sebegini,” ujarnya lagi.

HOT ISSUE dianggotai oleh 7 orang ahli iaitu Nahyeon, Maya, Hyungshin, Dana, Yewon, Yebin, dan Dain. Mereka ‘debut’ pertama kali pada April 2021 lalu dengan melancarkan album sulung mereka, ‘ISSUE MAKER’ dan single ‘Gratata’. Pada September tahun yang sama, HOT ISSUE melancarkan single ‘Icons’.

Sumber: mk star

loading...