BIGBANG sekali lagi mencipta kejayaan dengan keluaran single terbaru mereka, ‘Still Life’.
Baru-baru ini, lagu ‘Still Life’ telah berjaya melakarkan rekod kesempurnaan (“perfect-all-kill”) di kesemua carta muzik Korea menyebabkan BIGBANG kini mempunyai 6 buah lagu yang berjaya berbuat demikian, yakni terbanyak dalam mana-mana kumpulan kpop di Korea.
Bermula dengan lagu ‘Blue’ pada tahun 2012, BIGBANG kini di hadapan BTS dan TWICE (4 buah lagu) dan hanya di belakang IU saja dengan 21 buah lagu yang berjaya dicapai olehnya. ‘Still Life’ turut mencatatkan bilangan penstriman terbanyak di Spotify Korea dalam masa sehari saja, iaitu 129,437 bilangan penstriman telah direkodkan.
Untuk pemperolehan rekod kesempurnaan bagi bilangan jam terbanyak pula, ‘Still Life’ semakin menghampiri rekod bilangan jam yang diraih oleh TT oleh TWICE (91), DDU-DU DDU-DU oleh Blackpink (92), Tomboy oleh (G)i-dle (167), Love Scenario oleh iKON (257), Butter oleh BTS (257), Rollin’ oleh BraveGirls (262) dan Dynamite oleh BTS (610).
Walaupun tidak bersungguh-sungguh mempromosikan single terbaru ini tanpa membuat persembahan di ‘music show’ misalnya, ‘Still Life’ tetap menjadi kegemaran pendengar bukan saja di Korea, malah di seluruh dunia sekalipun. Buktinya, lagu ini berjaya menempatkan di tempat pertama untuk carta Billboard World Digital Song Sales sepanjang minggu lalu, di samping diiktiraf sebagai lagu paling laris di China dengan jualannya kini sudah mencecah 1 juta unit sejak sistem terbaru, ‘Tiada lagi pembelian pukal’ dikuatkuasakan.
Sumber: N/A