Nama sebenar ahli-ahli BTS dipetik untuk dipakai sebagai tanda nama oleh sekumpulan budak sekolah di dalam episod pertama drama tvN Our Blues.
Tidak dapat dipastikan apakah tujuannya, namun nama-nama seperti Kim Taehyung, Jeon Jungkook, Min Yoongi, Jung Hoseok dan Park Jimin telah digunapakai sebagai nama watak lakonan sekumpulan budak sekolah yang sedang menaiki bas. Ia sekaligus mencetuskan perasaan ingin tahun netizen samada drama ini akan memaparkan kisah hidup BTS walaupun cerita mereka hanya sekadar ‘cameo’ saja. Secara kebetulan juga, Jimin BTS turut menyumbangkan suaranya sebagai OST drama ini.
Meskipun begitu, drama tvN Our Blues ini sebenarnya tidak berkait langsung dengan BTS menurut sinopsis dikeluarkan oleh pihak produksi. Malahan, ia sebuah projek terbaru nukilan Noh Hee Kyung yang berkisarkan tentang kehidupan harian masyarakat yang tinggal di kepulauan Jeju, Korea. Di dalam drama ini, Lee Byung Hun membawakan watak sebagai Lee Dong Seok yang lahir di sebuah perkampungan kecil bertempat di Pulau Jeju. Kerjanya hanya menjual dan memunggah barang daripada lori trak miliknya. Beliau dipertemukan dengan Min Sun A (lakonan Shin Min Ah) yang baru berpindah di Jeju.
Choi Han Soo dilakonkan oleh Cha Seung Won ini kembali semula ke pulau Jeju selepas menimba kejayaan di bandar. Beliau mahu berjumpa dengan cinta pertamanya, Jung Eun Hee (lakonan Lee Jung Eun) yang sedang mengendalikan pasar basah di pulau tersebut. Jung Eun Hee merupakan sahabat baik Go Mi Ran (lakonan Uhm Jung Hwa) yang terpaksa pulang ke Jeju selepas berputus asa dengan kehidupan di bandar.
Lee Young Ok lakonan Han Ji Min pula kembali ke Pulau Jeju setelah menjadi haenyeo semenjak setahun lalu. Dia ditakrifkan sebagai seorang yang cerita namun terpalit dengan berbagai-bagai cerita buruk mengenainya. Dia bertemu dengan Park Jung Hoon (lakonan Kim Woo Bin), selaku kapten kapal. Park Jung Hoo pernah beriktihar untuk mencari wanita yang tidak akan meninggalkan pulau Jeju, tapi akhirnya jatuh cinta terhadap Lee Young Ok.
Digelar sebagai ‘alchemy queen of language’ kerana penulisannya yang penuh dengan dialog berbunga-bunga dan metafora di samping subtle serta sarat dengan emosi, penulis skrip Noh Hee Kyung adalah individu yang bertanggungjawab untuk beberapa drama hit antaranya tvN “Live” (2018), SBS “It’s Okay, That’s Love” (2014) dan SBS “That Winter, The Wind Blows” (2013).
tvN Our Blues boleh ditonton menerusi Netflix setiap hari Sabtu dan Ahad.
P/s: Buat mereka yang ternanti-nanti, drama dokumentari mengenai BTS yang tidak berkaitan dengan produksi ini juga sedang di dalam peringkat pembikinan dan sedang menunggu untuk ditayangkan kelak.