Luhan mengimbau kembali kenangan silam sewaktu dia masih ahli EXO sepuluh tahun lalu.
Sempena sambutan ulang tahun kesepuluh EXO di dalam industri muzik hari ini, Luhan memuatnaik satu video di laman Youtube dan weibo kendaliannya. Luhan menulis, “Selamat ulang tahun kesepuluh daripada si rusa (Luhan).”
Klip video tersebut merumuskan segala momen Luhan daripada saat dia memperkenalkan dirinya sebagai ahli EXO sehinggalah kini bergelar artis solo di China.
Berikut pengeluaran video tersebut, netizen tumpang sedih kerana terharu bahawa Luhan tidak pernah sesekali melupakan EXO. “Aku tak tau kenapa ramai tak sukakan Luhan. Sebab walaupun dia sudah tinggalkan EXO pun, dia masih mengingati saat bersama dengan mereka, tidak pernah menjauhi mereka malah tidak membuang gambar-gambar kenangan daripada akaun sosialnya. Kini, dia pula sama-sama mahu menyambut ulang tahun kesepuluh EXO,” kata netizen tersebut.
Selepas hanya dua tahun bersama EXO, Luhan akhirnya memutuskan untuk membatalkan kontrak dengan SM Ent. sekaligus menyebabkannya digugurkan keahlian EXO serta-merta. Sejak daripada itu, Luhan menumpukan kerjaya solo di China samada sebagai penyanyi mahupun pelakon drama Luhan dan kini dikhabarkan telah bergelar suami kepada Guan Xiao Tong walaupun kedua-duanya tidak menafikan perkara ini.
Sumber: weibo, youtube