[Gempar] Lay Zhang umum keluar dari SM Ent., tapi tak berhasrat tinggalkan EXO

Lay Zhang atau nama sebenarnya, Zhang Yixing, yakni satu-satunya ahli EXO berbangsa China yang masih tinggal telah mengumumkan bahawa dia tidak lagi akan meneruskan kontrak bersama SM Ent.

Menurut satu hantaran surat yang dikongsikan di media sosial, Lay Zhang berterima kasih kepada SM Ent. kerana memberikannya peluang untuknya meneroka alam muzik selama sepuluh tahun bersama.

“Terima kasih rakan-rakanku di EXO di atas sokongan. Terima kasih rakan-rakan di SM yang pernah menyaksikan segala perkembangan dan pencapaianku selama ini. Terima kasih juga kepada peminat di atas sokongan dan kasih sayang tak terperi. Inilah masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal sebagai anak buah SM Ent. Ia suatu permulaan baru dalam usia 30-an ini,” katanya.

Walaubagaimanapun, Lay Zhang tidak berhasrat untuk meninggalkan EXO. “Apapun, aku tetap Lay ketika rakan-rakan EXO memerlukanku. Aku masih keluarga kalian di China, Zhang Yizing,” sambungnya lagi.

Cuma, peminat mungkin sukar untuk menyaksikan penyanyi itu bersama-sama dengan EXO selepas ini disebabkan Lay Zhang akan menempuhkan sepenuh kerjaya solonya di China menerusi agensi yang akan diterajuinya kelak, Changsha Chromosome Entertainment Group Company.

Sementara itu, EXO pada mulanya dianggotai 12 orang iaitu Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O., Kai, Sehun, Luhan, Kris, dan Tao. Bagaimanapun, sekitar tahun 2014 dan 2015,  Luhan, Kris, dan Tao beransur-ansur meninggalkan SM Ent. dan seterusnya EXO, menyebabkan hanya Lay Zhang saja ahli yang berasal dari China yang masih bersama dengan EXO ketika itu.

Sumber: N/A

loading...