Rumah kelamin Song Joong Ki & Song Hye Kyo dimusnahkan untuk pembinaan baru

Rumah kelamin Song Joong Ki dan Song Hye Kyo yang terletak di Hannamdong, Yongsan, Seoul telah dimusnahkan untuk pembinaan baru, lapor South China Morning Post.

Banglo mewah tersebut difahamkan masih di bawah nama pemilik asalnya, Song Joong Ki dan sedang diubahsuai mengikut perancangan asal pelakon tersebut sejak dari tahun lepas lagi. Pada asalnya, banglo mewah berkenaan yang dilengkapi dengan tiga storey di tingkat bawah tanah dan dua storey di tingkat atas, sepatutnya telah siap dibina pada Jun 2019. Namun, ia terpaksa dimusnahkan selepas pelakon tersebut memutuskan untuk bercerai dengan Song Hye Kyo pada penghujung bulan yang sama.

Tambahan lagi, pembinaan baru itu juga bermula lewat pada Februari 2020 lalu walaupun telah diberikan permit lebih awal berikutan kedua-dua bekas merpati dua sejoli ini belum menyelesaikan tuntutan alimoni lagi antara mereka sepenuhnya. Apabila ditanya tentang kesahihan laporan South China Morning Post, agensi Song Joong Ki hanya berkata, “Susah untuk disahkan kerana itu perkara privasi dia.”

Song Joong Ki dilaporkan sebelum ini telah membeli sebuah banglo agam mewah yang terletak di Ala Moana, Honolulu, Hawaii pada 27 Mac 2020 sebagai tempat penginapan sewaktu bercuti manakala Song Hye Kyo pula sedang giat menjalankan aktiviti permodelan dengan menjalani berbagai-bagai sesi fotografi.

Sumber: edaily , south china morning post

loading...