Sudah terjual lebih 1.64 juta unit, NCT Dream ungguli jualan album terlaris minggu ini & bulan Mac 2022

NCT Dream melakarkan kejayaan berterusan apabila meraih jualan album terlaris di Korea di dalam seminggu dengan jualan terkumpul kini melebihi 1.64 juta unit.

Menurut Hanteo, album studio kedua daripada NCT Dream berjudul ‘Glitch Mode’ ini, berjaya meraih 1,405,194 unit di dalam minggu pertama pelancarannya dan meningkat kepada 1.64 juta unit setakat 7 April 2022 hari ini sekaligus meletakkan mereka di kedudukan no.1 di dalam carta album mingguan Gaon dan no.1 di dalam carta album bulanan Gaon untuk Mac 2022, hanya selepas empat hari pelancarannya. ‘Glitch Mode’ berjaya memintas pencapaian jualan album yang dibuat oleh Stray Kids, Red Velvet, NMIXX, dan Oh My Girl masing-masing dengan ODDINARY, The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm, Ad Mare dan Real Love di dalam carta yang sama. Stray Kids dan NMIXX masing-masing merupakan penyandang jualan album terlaris dua dan tiga minggu sebelumnya.

 

Dengan catatan sebanyak 1.64 juta unit berjaya diraih, jualan ‘Glitch Mode’ diiktiraf sebagai yang terbaik sepanjang bulan Mac 2022 lalu hanya empat hari selepas pelancarannya. Lebih menarik lagi, NCT Dream turut mengatasi pencapaian yang dibuat oleh Stray Kids di Korea dengan jualan terkumpul sebanyak 1.54 juta unit walaupun Stray Kids lebih mendominasi pasaran Amerika Syarikat.

Baca lagi: Menjelang hari pelancaran ‘comeback’ terbaru NCT Dream, pembelian awal albumnya sudah mencecah 2.07 juta unit

Apapun, jualan album ini semakin menghampiri sasaran, mencecah jualan sebanyak 2.07 juta unit menurut data pembelian awal yang diperolehi SM Ent sebelum ini. Album ‘Glitch Mode’ ini mengandungi 11 buah lagu iaitu “Fire Alarm”, “Glitch Mode”, “Arcade”, “It’s Yours”, “Teddy Bear”, “Replay”, “Saturday Drip”, “Better Than Gold”, “Drive”, “Never Say Goodbye” dan “Rewind”. Ia mula dilancarkan pada 28 Mac 2022 lalu.

Sumber: Hanteo, Gaon