Netizen terkejut tengok lain benar wajah Ahn Hyo Seop berbanding sekarang

Ahn Hyo Seop kini makin digilai peminat gara-gara lakonannya sebagai Kang Tae Mu di dalam SBS Business Proposal yang baru melabuhkan tirainya semalam.

Tidak cukup lagi dengan gosip cinta dengan Park Ji Hyun, kini netizen menyelongkar gambar-gambar lama pelakon kacak itu ketika dia masih muda remaja.

Antaranya, gambarnya ketika baru menjadi pelatih kpop di bawah agensi JYP Ent.  Ahn Hyo Seop pernah hampir-hampir ‘debut’ bersama GOT7, namun terpaksa digugurkan daripada senarai akhir ahli kumpulan kpop tersebut. Ahn Hyo Seop mengakui alasannya digugurkan adalah kerana tidak mempunyai bakat sehebat ahli-ahli lain selain ketinggiannya macam galah (kira-kira 187cm) menyebabkannya berdiri tidak seragam dengan mereka.

Dari kiri: Song Yanfei, Park Seo Ham, Ahn Hyo Seop, Young K Day6 dan Nayeon TWICE.

Di dalam foto yang pernah dikongsikan oleh Song Yanfei atau nama lain Cecillia Boey yang kini aktif sebagai pelakon drama China di laman weibo-nya, wajah Ahn Hyo Seop yang masih keanak-anakan itu terus mendapat perhatian. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa Park Seo Ham yang tengah mengecapi populariti hasil lakonan di dalam drama bergenre BL, ‘Semantic Error’ juga pernah sama-sama berlatih dengan Ahn Hyo Seop untuk menjadi artis Kpop.

Netizen yang agak terkejut perubahan wajah Ahn Hyo Seop tersebut melontarkan beberapa komen menyatakan rasa teruja mereka. Antaranya, “Betulkah itu gambar Ahn Hyo Seop?”,”Ahn Hyo Seop ini ada macam-macam rupalah bila asyik tertenung mukanya”,Ahn Hyo Seop tersangatlah comel masa dulu”, dapat dibaca di ruangan komentar.

Sementara itu, Ahn Hyo Seop akan kembali menemui peminat drama Korea menerusi Netflix Someday or One Day yang dijangka ditayangkan tak lama lagi.

Sumber: weibo

loading...