Ahn Hyo Seop, Jeon Yeo Bin & Kang Hoon sah bintangi Netflix Into Your Time, ‘remake’ drama Taiwan ‘Someday or One Day’

Ahn Hyo Seop dan Jeon Yeo Bin akan membintangi drama terbaru Korea Netflix Into Your Time yang diadaptasikan daripada drama popular Taiwan, ‘Someday or One Day’. (Sebelum ini, dilaporkan bahawa Disney + akan menyiarkan drama ini, namun Netflix kemudiannya mendapat hak tayangan berkenaan).

Drama ini berkisarkan tentang seorang gadis bernama Huang Yu Xuan yang begitu merindui teman lelakinya, Wang Quan Sheng yang telah menghilangkan diri selama dua tahun dan dianggap telah meninggal dunia. Pada suatu hari, Huang Yu Xuan menerima hadiah ‘walkman’ daripada seseorang yang tak dikenali. Sedang begitu asyik mendengar lagu, Huang Yu Xuan terkejut mendapati Wang Quan Sheng berada disisinya.

Namun yang mengejutkan dirinya ialah dia bukan lagi gadis berusia 27 tahun, tetapi sebaliknya memegang identiti budak sekolah bernama Chen Yun Ru yang kini terlantar di hospital. Lelaki yang berada disisinya itu bukannya Wang Quan Sheng tetapi ialah Li Zi Wei. Terperangkap di dalam identiti orang lain, Huang Yu Xuan memahami bahawa sekiranya Chen Yun Ru meninggal dunia, maka dia juga akan mengikutinya sekiranya dia tidak dapat mengetahui sebab Chen Yun Ru terlantar di hospital.

Untuk versi drama Korea ini, Ahn Hyo Seop akan memegang dua watak iaitu Nam Si Heon , lelaki daripada tahun 1998 yang menyerupai wajah Ko Yeon Jun, yakni teman lelaki kepada Han Jun Hee lakonan Jeon Yeo Bin. Nam Si Heon ditakrifkan sebagai seorang yang begitu popular dalam kalangan pelajar perempuan kerana ketampanan yang dimilikinya.

Jeon Yeo Bin juga membawakan watak Kwon Min Ju, gadis daripada tahun 1998 yang terlantar di hospital.  Manakala Kang Hoon pula membawakan watak Jung In Gyu yang berusia 17 tahun, seorang yang begitu mencintai Kwon Min Ju tetapi akhirnya wanita yang disukainya itu memendam perasaan terhadap Nam Si Heon.

Ini merupakan drama pertama lakonan Jeon Yeo Bin sejak tvN Vicenzo di samping Song Joong Ki manakala drama susulan Ahn Hyo Seop selepas SBS A Business Proposal di samping Kim Se Jeong.

Netflix Into Your Time yang bakal mendapatkan khidmat sutradara Kim Ji Won (“KBS Nice Guy”, “jtbc Rain or Shine”, “jtbc My Country”) dan penulis skrip Choi Hyo Bi ini bakal dihasilkan di dalam rangka waktu berbeza iaitu pada tahun 1998 dan 2023.

Sumber: mksports

loading...