Inilah sebab kenapa netizen rasa Jisung NCT sangat ‘comel’ bila dipertemukan dengan Sunghoon ENHYPEN

Park Jisung baru-baru ini berkesempatan untuk mempromosikan lagu ‘Glitch Mode’ di KBS Music Bank bersama rakan-rakan NCT Dream.

Disebabkan rancangan muzik ini dihoskan oleh Sunghoon ENHYPEN bersama dengan Jang Wonyoung IVE, maka pertemuan di antara Jisung dengan Sunghoon di belakang tadbir tidak disangka-sangka telah meninggalkan memori yang indah buat peminat.

Sebaik saja Sunghoon cuba menemuramah Jisung, netizen mengamati kedua-duanya begitu malu untuk berinteraksi sesama sendiri dan merasakan pertemuan itu sesuatu yang ‘comel.

Hal ini kerana kedua-duanya secara kebetulan mengenakan fesyen yang agak serupa dengan mendandankan warna rambut yang sama,dan memakai baju berwarna putih. Malahan, mereka juga sebaya kerana lahir pada tahun yang sama, yakni tahun 2002 selain memiliki nama keluarga yang sama iaitu ‘Park’.

Video interaksi kedua-duanya itu kemudiannya tertular di laman komuniti forum Nate hingga meraih lebih puluhan komentar. Berikutan dengan itu, netizen menyatakan hasrat untuk melihat mereka digandingkan bersama sekali lagi samada menerusi projek muzik pula di masa akan datang.

Sumber: Pann Nate

loading...