Jungkook kini sudah sembuh daripada penyakit Covid-19 & dibenarkan sertai BTS ke Grammy Awards esok

Jungkook BTS dilaporkan sudah sembuh daripada penyakit Covid-19 menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh BigHit Ent. di Weverse pada 3 April 2022 hari ini.

“Kami nak bagitahu Jungkook sudah sembuh sepenuhnya dan tempoh kuarantinnya telah berakhir pada hari Sabtu, 2 April 2022. Sejak disahkan positif Covid-19 pada 27 Mac 2022, Jungkook mengamalkan kuarantin kendiri dan ubat-ubatan secara sendirian berpandukan panduan daripada pegawai kesihatan Amerika Syarikat,” kata jurucakap agensi itu.

“Tekak Jungkook memang ada bengkak sedikit tetapi dia sudah sembuh sepenuhnya. Selepas mengambil ujian kendiri Covid-19 sekali lagi, Jungkook disahkan negatif dan dibenarkan terus oleh pihak penganjur untuk menyertai Grammy Awards esok,” tambah jurucakap itu lagi.

Dengan pengumuman ini, maka kesemua ahli BTS termasuklah JHope yang baru berangkat dari Korea semalam, akan berkumpul di Grammy Awards bagi membuat persembahan dan menerima satu-satunya trofi di anugerah berprestij itu.

Sementara itu, BTS tercalon di dalam satu-satunya kategori Best Pop Duo/Group Performance menerusi lagu Butter, serta bakal bersaing dengan Lady Gaga duet Tony Bennet, Justin Bieber, Coldplay dan Doja Cat duet SZA di dalam kategori sama. Ini kali kedua mereka tercalon di dalam kategori yang sama. Majlis Grammy akan bermula pada jam 8.00 pagi hari Isnin waktu Malaysia dan boleh ditonton di cenel 8TV atau tonton.com.my.

BTS juga dijangka akan membuat persembahan dan bakal menyusuli dengan konsert jelajah di Las Vegas pada 8,9, 15 dan 16 April 2022 depan.

Sumber: Weverse

loading...