Kenduri kahwin Hyun Bin & Son Ye Jin dilaksanakan dalam kawalan ketat; tiada rancangan untuk berbulan madu selepas bersanding

Gambar di sebelah kiri telah disunting oleh peminat dan hanya dijadikan hiasan semata-mata.

Kenduri kahwin dua pelakon sensasi di Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin dilaporkan bakal dilaksanakan dalam kawalan ketat dengan kehadiran hanya di kalangan keluarga dan rakan terdekat saja.

Dikhabarkan bahawa hanya penerima kad jemputan saja dibenarkan untuk menghadiri kenduri kahwin berkenaan dengan ‘satu orang satu kad’. “Sebilangan wartawan mungkin sukar untuk mengunjungi majlis kahwin tanpa kad jemputan,” kata sumber itu.

DIsediakan MS Ent.
DIsediakan MS Ent.

 

Kenduri kahwin tersebut yang bakal diadakan di Aston House bermula jam 3.00 petang waktu Malaysia pada 31 Mac 2022 hari ini, telah dianggarkan dengan kos sekepala sekitar RM2015 hingga RM2526 dan kos keseluruhan sebanyak RM 590,000. Pelakon Jang Dong Gun akan membentangkan ucapan tahniah manakala Park Ji Eun, penulis skrip tvN Crash Landing On You turut menerima jemputan.

Baca sini: [Sohor Kini] Sama cantik, sama padan Hyun Bin dan Son Ye Jin akhirnya ditakdirkan ke jinjang perkahwinan

Walaupun kenduri kahwin mereka boleh dianggap sebagai ‘Wedding of The Century’, namun kedua-duanya telah memutuskan untuk tidak berbulan madu. Mereka hanya akan meluangkan masa bersama hujung minggu di rumah kelamin mereka dan akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa. Malah, Son Ye Jin masih lagi membintangi drama jtbc Thirty Nine dan episod terakhirnya akan ditayangkan pada malam ini.

Son Ye Jin dan Hyun Bin, yang dikenali sebagai pasangan cinlok hasil gandingan bersama di dalam drama tvN Crash Landing On You.

Sumber: daum, money today

loading...