Leeteuk Super Junior menggesa peminat berhati-hati dengan lambakan akaun sosial palsu yang menyerupai dirinya di laman instagram.
Di dalam satu hantaran dibuatnya menerusi laman instagram, Leeteuk berkata, “Janganlah menyamar aku. Aku asyik dapat aduan daripada ramai peminat yang dihubungi dengan cara sebegini.”
“Ini bukan satu atau dua kes saja, tetapi banyak kali dah berlaku. Aku harap peminat semua berhati-hatilah,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Leeteuk sedang berangkat ke Jepun bagi menjayakan program ‘SUPER JUNIOR Japan Special Event 2022 ~Return of the KING~’ manakala Super Junior baru saja melancarkan ‘comeback’ album istimewa di Korea pada tiga minggu yang lalu.
Sumber: tenasia