Dua penyanyi idol daripada kumpulan kpop popular disahkan terima tawaran lakonan untuk drama BL terbaru terbitan produksi besar

Dua penyanyi idol daripada kumpulan kpop ternama dikhabarkan mungkin ditawarkan untuk membintangi drama ‘kunyit’ bergenre BL (“Boy Love”) terbaru selepas ianya dikatakan bakal diterbitkan untuk siaran langsung oleh produksi besar.

Drama yang diadaptasikan daripada webtoon bertajuk ‘Comfort The Boy’ (atau dikenali dengan Shoulder To Cry On) ini berkisarkan tentang Da Yeol, yang sedang berehat di bilik rawatan sehinggalah dia terdengar suara pelik berdekatan katil di sebelahnya. Da Yeol mengamati dua lelaki sedang asyik bercumbu-cumbuan. Tiba-tiba, langsir terjatuh dan jururawat segera berlari untuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang budak lelaki itu menuduh Da Yeol sengaja memukulnya manakala Da Yeol pula dipanggil menghadap cikgu disiplin untuk memberikan penjelasan. Sebaik saja diberitahu bahawa budak itu sudah pun memaafkannya, Da Yeol tidak berpuas hati dan akhirnya menyimpan dendam terhadapnya.

Berikutan kejayaan drama ‘To My Star’ dan ‘Semantic Error’, peluang dikatakan semakin terbuka luas buat penyanyi idol lelaki ternama bagi menceburi lakonan watak sebegini pula. Pihak produksi drama berkenaan dilaporkan telah pun merekruit dua orang penyanyi idol lelaki daripada kumpulan kpop popular dan sedang mengujibakat baki beberapa pelakon lain untuk watak tambahan. Menurut laman komuniti forum pula, spekulasi tertumpu kepada ahli kumpulan kpop daripada The Boyz, Golden Child, Verivery, OneUs, TXT, Victon dan ramai lagi.

Drama ini bakal dihasilkan di dalam 12 episod, dan disiarkan menerusi laman penstriman popular.

Sumber: nate forum

loading...