Dikecam kerana cuba menggatal dengan perempuan cantik, Moon Junyoung ZE:A suruh peminat jangan kecewa & buat hal sendiri

Moon Junyoung yang dituduh memandu secara mabuk baru-baru ini, sekali lagi terpalit dengan kontroversi membabitkan penstrim popular (“Broadcast Jockey”), BJ Haru apabila beliau dikatakan cuba menggodanya.

BJ Haru mendedahkan seorang penyanyi idol lelaki cuba menggatal dengannya. Dia mendakwa telah pun menolak segala permintaan ‘seksual’ lantas menyuruh penyanyi idol itu menyerahkan kembali hadiah ‘Star Ballons’ bernilai 1.7 juta won (~RM 5,875.23) kepadanya kerana merasa jijik dengan kelakuan penyanyi idol itu. Identiti penyanyi idol itu kemudiannya didedahkan sebagai Moon Junyoung, bekas ketua kumpulan ZE:A.

Pada mulanya, Moon Junyoung menafikan tuduhan BJ Haru dan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atasnya. Tetapi, beliau dikatakan telah berubah fikiran, seakan-akan mengiyakan tuduhan BJ Haru dengan kenyataannya ditujukan kepada peminat ZE:A secara amnya.

“Kepada mereka yang menyerangku. Tolonglah jangan tinggalkan lagi komen. Ini aku tujukan buat peminat ZE:A. Korang janganlah ‘follow’ aku lagi. Sesiapa yang pernah percayai aku dan tahu aku macammana dulu, ‘move on’. Aku tahu korang menderita keranaku. Sekarang ini, lepaskanlah dan korang buatlah hal sendiri.  Aku rayu korang..aku bukanlah lelaki yang korang kenal dahulu. Tinggalkan aku, dan jangan kasihani aku,” ujar Junyoung menerusi kenyataan dibuat di laman Youtube-nya.

“Aku janji akan buang kesemua kandungan berkaitan dengan ZE:A. Kepada rakan-rakan ZE:A lain yang susah sampai tak boleh tidak tidur, aku minta maaf kerana telah mengotorkan nama kumpulan kita,” tambah Junyoung lagi.

Sumber: N/A

loading...