Moon Jun Young ZE:A, penyanyi idol yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk, menurut Youtuber Caracula

Moon Junyoung (Lee Hoo) daripada kumpulan kpop popular, ZE:A ialah pemilik identiti penyanyi idol yang didakwa memandu di dalam keadaan mabuk, menurut satu pendedahan eksklusif dibuat oleh Youtuber Caracula pada 7 Mac 2022 hari ini.

Bukti turut disertakan berdasarkan rakaman video di tempat kejadian. A dikatakan telah melanggar pemilik Rolls-Royce  di dalam laluan sehala sewaktu cuba untuk mengundurkan keratanya ke belakang. Pemilik Rolls-Royce kemudiannya mengadukan kemalangan tersebut kepada pihak polis.

Berpandukan siasatan awal, A didapati memandu dalam keadaan mabuk berdasarkan rekod catatan alat penguji nafas sebanyak 0.113.

Terdahulu, pihak produksi Youtube Caracula memberitahu beberapa buah klu sebelum mendedahkan identiti penyanyi idol itu secara langsung.  “Pada malam 6 Mac semalam bertempat di Sinsadong, Gangnam, Seoul. Ketua kumpulan kpop tersohor telah ditangkap oleh pihak polis selepas memandu dalam keadaan mabuk. Adegan ini telah dirakam secara ekslusif dan akan dipertontonkan secara langsung,” kata pihak produksi cenel Youtube tersebut.

Sekepil foto turut disertakan sebelum siaran langsung bermula. Lelaki yang dipercayai penyanyi idol itu dengan mukanya telah dikaburkan,  didapati sedang menghisap e-rokok berlatarbelakang lelaki lain yang memakai seragam polis.

Lee Hoo sebelum ini dikatakan pernah digantung lesen memandunya pada 2018 apabila didapati memandu dalam keadaan mabuk. Selain Lee Hoo, Kumpulan ZE:A ini turut dianggotai oleh penyanyi dan juga pelakon yang agak popular di Korea, iaitu Park Hyung Sik, Im Si Wan dan Hwang Kwang Hee.

Sumber: tvreport

loading...