12 drama Korea terbaru akan menemui anda sepanjang April ini

Annyeong, chinguyaa~~ Pejam celik dah nak masuk bulan April. Buat semua umat Islam, kita akan mula menjalani ibadah puasa 1443 Hijrah, jadi min ambil peluang untuk ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua. As usual,  setiap bulan akan ada drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang.

Well, sepanjang April ini, ada 12 buah drama Korea terbaru kesemuanya dan pastinya menawarkan pelbagai pilihan dari segi tema, serta gandingan pelakon. So, let’s check it out the list.

1. Tomorrow

  • Tarikh Tayangan: 1 April 2022 (Setiap Jumaat dan Sabtu)
  • Penyiar: MBC, Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Hee Sun, Rowoon, Lee Soo Hyuk, Yoon Ji On

Tomorrow adalah drama fantasi tentang malaikat maut yang dulu mengawal kematian seseorang kini  menyelamatkan manusia yang ingin mati. Drama ini menggambarkan bagaimana Choi Jun-woong (Rowoon) yang sudah lama menganggur secara tidak sengaja terserempak dengan malaikat maut Gu Ryeon (Kim Hee Sun) dan Im Ryoog Gu (Yoon Ji On) dalam misi khas untuk menyelamatkan manusia yang ingin membunuh diri. Choi Jun-woong kemudian menjadi pekerja kontrak di Pasukan Pengurusan Krisis untuk sama-sama membantu dalam misi mereka. Manakala Lee Soo Hyuk akan melakonkan watak Park Joong Gil, malaikat maut yang menakutkan.

“Tomorrow” diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama oleh Llama. Kim Tae Yoon akan membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah drama menerusi drama ini. Lebih-lebih lagi, peminat tidak sabar untuk melihat Rowoon dalam drama aksi, tidak seperti drama genre romantisnya yang biasa.

“Tomorrow” akan mudah diakses oleh orang ramai untuk menstrim dalam talian kerana ia akan dikeluarkan secara global di Netflix selain rangkaian pengeluarannya, MBC.

2. The Present Is Beautiful / It’s Beautiful Now 

  • Tarikh Tayangan  : 2 April 2022 (Setiap Sabtu & Ahad)
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Yoon Shi Yoon, Bae Da Bin, Oh Min Suk, Shin Dong Mi, Seo Bum Joon,Choi Ye Bin

“The Present Is Beautiful” ialah sebuah drama keluarga berkisarkan kisah tiga beradik, Lee Yoon-jae, Lee Hyun-jae, dan Lee Soo-jae. Yoon-jae ialah anak pertama dan merupakan seorang doktor gigi yang hebat. Manakala yang kedua Hyun-jae, seorang peguam, manakala Soo-jae hampir mencapai impiannya untuk menjadi penjawat awam.

Perkahwinan tidak menjadi perhatian mereka, kerana mereka fokus untuk mencapai matlamat dan bahagia dalam hidup mereka. Pada satu ketika, kedua ibu bapa mereka menarik minat mereka untuk berkahwin dengan menjanjikan sebuah apartmen untuk orang pertama yang akan berkahwin.

3. Green Mother’s Club
  • Tarikh Tayangan: 6 April 2022 (Setiap Rabu & Khamis)
  • Penyiar: JTBC, Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Yo Won, Choo Ja Hyun, Kim Kyu Ri, Jang Hye Jin, Joo Min Kyung

“Green Mother’s Club” akan memberi tumpuan kepada persahabatan antara lima ibu yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Setiap ibu-ibu ini mempunyai personaliti dan pandangan hidup yang sangat berbeza. Meraka akan berkumpul melalui persatuan kejiranan sekolah rendah anak-anak mereka. Melalui pengalaman bersama tentang keibuan, mereka belajar tentang erti persahabatan.

Drama ini boleh distrim menerusi medium Netflix mulai 6 April depan.

4. Again My Life
  • Tarikh Tayangan: 8 April 2022 (Jumaat & Sabtu)
  • Penyiar: SBS, Viu
  • Barisan Pelakon: Lee Joon Gi, Lee Kyung Young, Kim Ji Eun, Cha Joo Young, Jung Sang Hoon, Kim Jae Kyung

“Again My Life” merupakan sebuah drama bertemakan kriminal dan fantasi. Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwaraya muda yang mendapat peluang kedua untuk menegakkan keadilan selepas gagal menjatuhkan orang yang berkuasa yang menyalahgunakan kuasa mereka.

Semasa menyiasat ahli politik yang korup, pendakwaraya Kim Hee-woo (Lee Joon-gi) dibunuh secara misteri oleh penyerang yang tidak dikenali.  Bagaimanapun, Kim mendapat peluang kedua untuk melakukan perkara yang betul dan menegakkan keadilan apabila dia dihidupkan semula.

“Again My Life” adalah berdasarkan novel web dengan nama yang sama oleh Lee Hae-Nal. Siri ini juga dibintangi Kim Ji-eun sebagai Kim Hee-ah, anak perempuan genius dari sebuah keluarga konglomerat, dan Jung Sang-hoon sebagai Lee Min-soo, kawan rapat serta mendapat kepercayaan Kim.

Drama ini boleh distrim menerusi Viu mulai 8 April depan.

5. My Liberation Notes
  • Tarikh Tayangan: 9 April 2022 (Sabtu & Ahad)
  • Penyiar: TVING, Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Min Ki, Kim Ji Won, Lee El, Son Seok Koo, Lee Ki Woo, Chun Ho Jin

Drama ini menceritakan tentang tiga saudara kandung yang ingin melarikan diri dari kehidupan mereka yang menyesakkan dan peristiwa yang berlaku ketika orang luar yang misteri datang ke kota mereka.

Meskipun mereka bersaudara namun sifatnya sangat berbeza. Yeom Ki-Jung (Lee El) merupakan anak sulung yang memiliki sifat pemarah dan sering mengeluh. Dia menghabiskan waktu selama 3 jam untuk perjalanan ke tempat kerjanya di Seoul. Hidupnya penuh dengan keluhan.

Yeom Chang-Hee (Lee Min Ki) adalah anak tengah yang telah kehilangan kepercayaan kepada keluarga. Dia selalu dipandang rendah oleh keluarganya dan sejak sekian lama dia ingin tinggalkan rumah untuk menuju ke kota. Si bongsu Yeom Mi-Jung (Kim Ji Won) pula memiliki sifat yang pendiam dan pemalu sehinggakan dia merasa kesepian dan bosan.Mr. Gu (Son Seok Koo) adalah seorang lelaki misteri yang akan membuat kehidupan tiga bersaudara tersebut berubah.

“My Liberation Notes” mendapat sentuhan pengarah Kim Seok Yoon (“Law School”) dan skripnya ditulis oleh Park Hae Young (“My Mister,” “Another Oh Hae Young“),

6. Our Blues
  • Tarikh Tayangan: 9 April 2022 (Sabtu & Ahad)
  • Penyiar: JTBC, Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Byung Hun, Shin Min Ah, Han Ji Min, Kim Woo Bin, Cha Seung Won, Lee Jung Eun, Kim Hye Ja, Go Doo Shim, Uhm Jung Hwa,

“Our Blues” adalah drama Korea bergaya omnibus yang berlatar di Pulau Jeju. Drama ini akan menceritakan tentang pahit manisnya kehidupan yang dialami oleh berbagai karakternya.

Noh Hee Kyung selaku penulis naskah drama ini sudah menghasilkan banyak drama sukses dengan rating yang tinggi. Drama-dramanya yang mendapat pujian serta kritik antara lain “That Winter The Wind Blows”, “It’s Okay That’s Love”, “Dear My Friends”, “Live”, dan banyak lagi.

Sutradaranya Kim Kyu Tae,  yang mana karya-karyanya juga tidak perlu diragukan. Antara hasil kerjanya adalah “A Love to Kill”, “Worlds Within”, “IRIS”, “That Winter The Wind Blows”, “It’s Okay That’s Love”, “Live” dan “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo.”

Tambahan dengan ramai pelakon kategori papan atas yang membintangi “Our Blues”, yang tidak perlu diragui kehebatan lakonan mereka, ramai yang tidak sabar untuk menantikan drama ini. Memetik ulasan dari pihak produksi, “[Our Blues] adalah cerita yang dicipta bersama oleh kita semua yang merupakan watak utama dalam kehidupan kita sendiri. Sila tunjukkan sokongan dan minat anda untuk drama khas gaya omnibus ‘Our Blues.’”

7. The Secret House (Makjang Drama)
  • Tarikh Tayangan: 11 April 2022 (Selasa-Sabtu,5.50 PM)
  • Penyiar: MBC, Astro Oh!K Ch394
  • Barisan Pelakon: Seo Ha Joon, Lee Young Eun

“The Secret House” ialah drama tentang kisah seorang lelaki yang mengejar kejahatan demi mendapatkan keadilan untuk ibu dan saudara perempuannya. Drama ini akan menggambarkan bagaimana kisah balas dendam seorang peguam yang menemui jejak dan pautan di sebalik kes misteri kehilangan ibunya. Dia masuk ke dalam rahsia yang mengelilinginya untuk menyerang dan melawan dunia.

“The Secret House” yang memiliki 120 episode ini ditulis oleh Won Young Ok, yang memenangi penonton dengan drama yang menyentuh hati seperti “My Healing Love,” “Begin Again,” dan “Everybody Say Kimchi,” dan diarahkan oleh Lee Min Soo dari “Dangerous Woman,” “Ladies of Storm,” dan “White Lie.”

8. Love All Play
  • Tarikh Tayangan: 20 April 2022
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Park Joo Hyun, Chae Jong Hyup

“Love All Play” ialah drama percintaan sukan tentang pasangan beregu campuran dan rakan sepasukan  badminton mereka. Park Ju Hyun sebagai Park Tae Yang, ratu smashing dan bekas atlet Olimpik yang bercita-cita tinggi yang kembali ke gelanggang badminton selepas meninggalkan pasukan selama tiga tahun akibat satu kejadian yang tidak dijangka. Chae Jong Hyeop pula berperanan sebagai Park Tae Joon, rakan sepasukan yang hanya menganggap badminton sebagai satu pekerjaan.

9. Shooting Stars / Sh**ting Stars
  • Tarikh Tayangan: 22 April 2022 (Jumaat & Sabtu)
  • Penyiar: tvN,  iQiYi, WeTV
  • Untuk tayangan tvN Astro Ch395 & Unifi TV drama ini akan bersiaran pada Sabtu & Ahad jam 9.15 malam
  • Barisan Pelakon: Lee Sung Kyung, Kim Young Dae, Yoon Jong Hoon, Kim Yoon Hye, Park So Jin, Lee Jung Shin

“Sh**ting Stars” ialah komedi romantik baharu tentang mereka yang bekerja di belakang tabir dalam industri hiburan yang membersihkan kekusutan yang dicipta oleh selebriti. Drama ini menggambarkan kisah realistik orang yang berdiri di belakang selebriti dan bertemankan keringat, kepayahan dan air mata untuk membuat seseorang selebriti bersinar seperti bintang di langit.

Oh Han-Byeol (lakonan Lee Sung-Kyung) ialah ketua pasukan PR sebuah syarikat pengurusan, Star Force Entertainment. Beliau mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam pertuturan dan pengurusan krisis.

Sementara itu, Gong Tae-Sung (lakonan Kim Young-Dae) ialah pelakon terkemuka dari syarikat pengurusan tempat Oh Han-Byeol bekerja. Dia disayangi orang kerana imejnya sebagai seorang yang baik dan sopan. Tetapi, Gong Tae-Sung mempunyai sisi lain. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk menang dan panas baran.

Oh Han-Byeol dan Gong Tae-Sung bergaduh hampir dalam semua hal, tetapi hubungan mereka berkembang secara romantis.

Yoon Jong Hoon memainkan watak Kang Yoo Sung, ketua Pasukan Pengurusan 1 di Star Force Entertainment, manakala Kim Yoon Hye memainkan watak pengawal peribadi yang bertukar menjadi pengurus Park Ho Young daripada Pasukan Pengurusan 2. Sojin pula memainkan watak wartawan hiburan Jo Gi Bbeum dan Lee Jung Shin membawakan watak Do Soo Hyuk, penasihat undang-undang untuk Star Force Entertainment.

“Sh**ting Star” boleh ditonton menerusi medium Viu, iQiYi dan WeTV.

10. Showtime Begins / From Now On, Showtime

Tarikh Tayangan: 23 April 2022 (Sabtu & Ahad)
Penyiar: MBC, Viu
Barisan Pelakon: Park Hae Jin, Jin Ki Joo,

“Showtime Begins” mengisahkan tentang Cha Cha Woong (lakonan Park Hae Jin), seorang ahli silap mata yang mempunyai bakat luar biasa, bukan sahaja bakat luar biasa sebagai ahli silap mata, tetapi juga keupayaan yang luar biasa, keupayaan untuk berinteraksi dengan roh.

Manakala, Go Seul Hye (lakonan Jin Ki Joo) ialah pegawai polis biasa yang bekerja keras hari demi hari. Dia sangat menyukai pekerjaannya sebagai pegawai polis biasa.

Suatu hari dia bertemu dengan Cha Cha Woong, dia tidak tahu bahawa pertemuan ini akan membawanya ke satu perjalanan yang menarik dan ajaib dalam mencari orang jahat serta menyelesaikan kes jenayah yang sukar. Kisah ini menjadi menarik apabila mereka mula mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain.

11. The Killer’s Shopping List

  • Tarikh Tayangan: 27 April 2022 (Rabu & Khamis)
  • Penyiar: tvN, iQiYi
  • Barisan Pelakon:Lee Kwang Soo, Seol Hyun AOA, Jin Hee Kyung

“The Murderer’s Shopping List” berdasarkan novel oleh Kang Ji Young dengan judul yang sama. Ianya sebuah drama misteri komedi tentang kejiranan biasa di pinggir Seoul. Apabila mayat misteri ditemui di sekitar bangunan pangsapuri, resit pasar raya menjadi bukti penting untuk memulakan pemburuan si pembunuh.

Drama ini mengisahkan tentang Dae-Sung (lakonan Lee Kwang-Soo) yang mempunyai ingatan yang sangat baik. Dia juga seorang yang pemalu. Walaupun dia gagal dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai awam selama 3 tahun, dia tetap belajar untuk lulus peperiksaan. Dia bekerja sambilan di MS Mart di pinggir Seoul, yang dimiliki oleh ibunya Myung-Sook (Jin Hee-Kyung). Teman wanitanya ialah A-Hee (lakonan Seol Hyun), seorang pegawai polis.

Pada suatu hari, satu kes pembunuhan misteri berlaku berhampiran sebuah bangunan pangsapuri dan MS Mart.  A-Hee menyiasat sendiri kes pembunuhan itu. Tidak lama kemudian, Dae-Sung dan Myung-Sook menyertai siasatan kerana mereka merasakan kes ini agak aneh. Satu-satunya petunjuk kepada kes pembunuhan itu ialah resit pembelian yang dikeluarkan daripada MS Mart. Dengan ingatan hebat Dae-sung dan semagat waja Ah-hee untuk keadilan, adakah mereka dapat mencari pembunuh sebenar dengan mengumpul bukti di pasar raya?

12. Monstrous

  • Tarikh Tayangan: 29 April 2022
  • Penyiar: TVING
  • Barisan Pelakon:Shin Hyun-been, Koo Kyo-hwan, Kwak Do-yeon, Park Hosan, Kim Ji-young

“Monstrous”, dikarang oleh pengarah “Train To Busan” dan “Hellbound” Yeon Sang-ho menceritakan kisah perkampungan di Daerah Jinyang, tentang fenomena ghaib aneh selepas patung Buddha dengan roh jahat di dalamnya ditemui. Selepas ia digali, sumpahan berabad-abad lamanya dalam patung Buddha berhantu ‘Gwibul’ dilepaskan dan mengambil jiwa manusia.

Jung Ki Hoon mencari fenomena ghaib biasa sebagai ahli arkeologi, namun kes yang tidak dijangka menyebabkan gaya hidupnya bertukar. Dia kini menerbitkan majalah okultisme Monthly Strange Story dan mengendalikan saluran YouTube Monthly Strange Story. Kerana bekas pasangannya, Lee Soo Jin, dia pergi ke Daerah Jinyang untuk menyiasat “Gwibul”. Di sana, dia menghadapi fenomena yang sangat pelik dan menakutkan.

Lee Soo-Jin pernah menguraikan huruf dan simbol sebagai ahli arkeologi. Dia cemerlang dalam kerjanya. Tetapi, anak tunggalnya meninggal dunia dan kemudian dia pergi ke Daerah Jinyang. Di sana, dia mengalami fenomena misteri. Dia mencari jawapan di sebalik fenomena misteri itu.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

 

loading...