Jaechan DONGKIZ ‘Semantic Error’ dituduh pernah membuli kawan perempuan sewaktu di sekolah dulu

Jaechan DONGKIZ yang dikenali menerusi drama ‘kunyit’ Semantic Error, berhadapan dengan tuduhan buli sewaktu di sekolah dahulu.

Di dalam satu hantaran eksklusif dibuat oleh netizen A, netizen A berkata, “Park Jae Chan yang berlakon sebagai Choo Sang Woo di dalam ‘Semantic Error’ ialah pembuli. Dia telah membuli rakan-rakan perempuan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dia cuba menakut-nakutkan pelajar lain dengan geng dia dan pernah juga merokok di dalam kelas. Inilah kebenaran sebelum korang mula jatuh cinta padanya.”

Netizen A turut menyertakan beberapa kepil foto graduasi yang didakwa sebagai bukti bahawa dia merupakan bekas kawan sekolah Jaecham.

“Dia ni kata peminat idol semuanya bodoh dan kadang-kadang bercakap buruk tentang idol lelaki lain sehinggalah dia jadi salah seorang pelatih ketika di darjah sembilan. Kami rasa label tak kisah pun pasal dirinya di masa silam. Jika korang ternampak gambar dia merokok dan memegang kayu di media sosial, silalah kongsikan,” tambahnya lagi.

Netizen B membalas hantaran yang dibuat oleh netizen A, cuba mengesahkan khabar angin yang mengatakan Jaechan pernah membuli suatu ketika dulu. “Sesiapa yang berada di sekolah sama, pasti tahu. Macam-macam cerita boleh buktikan dia berkelakuan samseng dahulu. Kerjanya akan membuli junior selepas bertukar giliran sesama geng,” dakwa netizen B.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berlainan, pihak agensi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan buli tersebut. “Dakwaan di dalam artikel itu adalah palsu dan tak berasas. Kami sudah memeriksa kejadian berkenaan dengan pihak sekolah dan kenalan terdekat, namun tiada apapun masalah. Siasatan sedang dibuat di atas penyebaran maklumat palsu dan fitnah selepas Jaechan menyamannya pada 4 Mac 2022 lalu,” ujar jurucakap agensi pengurusan DONGKIZ.

Ini bukan kali pertama Jaechan dituduh membuli. Ketika Jaechan mula ‘debut’ pada tahun 2019, Jaechan dituduh memiliki personaliti buruk kerana sengaja bergambar dengan ramai perempuan dan meletakkannya di dalam media sosial.

‘Semantic Error’ merupakan drama bersiri yang menaikkan populariti Jaechan di dalam sekelip mata saja samada di Korea, Jepun mahupun China.

Sumber: twitter, sportwskorea

loading...