Pihak penganjur Energedick mengumumkan pembatalan Perjumpaan Bersama Peminat untuk drama ‘To My Star’ secara mengejut yang sepatutnya berlangsung pada 19 Mac 2022 ini.
Menurut Energedick, Perjumpaan Bersama Peminat, ‘A STARRY DAY’ itu dianggap tidak sesuai (senonoh) untuk dipersembahkan buat hadirin oleh penganjur lokasi, Gwanglin Art Center, maka perancangan untuk membuka tiket bermula jam 7 petang hari ini terpaksa dibatalkan serta-merta.
“Kami memohon maaf banyak kerana telah mengelirukan peminat dengan berbaki seminggu saja lagi. Disebabkan para pelakon dan peminat sudah menunggu ‘event’ ini, kami akan cuba buat sedaya-upaya untuk memaklumkan tindakan selanjutnya,” kata jurucakap pihak penganjur.
Difahamkan bahawa Gwanglim Art Center dikelolakan oleh Majlis Gereja Kwanglin, maka keputusan untuk membenarkan Perjumpaan Bersama Peminat berkenaan telah melanggar arahan agama berkenaan homoseksual.
‘To My Star’ merupakan drama web bersiri bertemakan ‘kunyit’, memaparkan kisah seorang selebriti popular, Kang Seo-joon lakonan Son Woo Hyun yang jatuh cinta kepada seorang tukang masak kacak, Han Ji Woo lakonan Kim Kang Min. Drama ini menerima tempias populariti di seluruh dunia sehingga membolehkan enam episod drama ini dihimpunkan dalam bentuk cereka filem bagi tayangan di Netflix.
Sumber: newsculture