Video Mingyu SEVENTEEN angkat seorang gadis tertular, netizen gesa Pledis bertindak tegas terhadap sasaeng

Netizen berpakat untuk mengadu perbuatan licik segelintir peminat ‘sasaeng’ kepada Pledis Entertainment hari ini berhubung tindakannya yang menyebarkan video Mingyu SEVENTEEN tanpa pengetahuannya.

Klip video yang berdurasi lebih kurang 33 saat itu memaparkan Mingyu SEVENTEEN tengah mengangkat seorang gadis yang difahamkan sebagai staf di situ dengan mesra sekali.

Memikirkan rakaman video itu diambil di belakang tadbir tanpa pengetahuan Mingyu, netizen beranggapan bahawa penyebaran video itu sengaja dilakukan oleh peminat ‘sasaeng’ itu kerana cemburu dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Mingyu lalu membuatkan segelintir peminat Carat lain turut berburuk sangka.

SEVENTEEN yang akan mengadakan pertemuan bersama peminat pada 25 hingga 27 Mac 2022 nanti, tersenarai di dalam kalangan artis-artis yang paling laris albumnya di seluruh dunia sepanjang tahun 2021 lalu.

Sumber: twitter, pann nate, wowtv

loading...