10 album terlaris di seluruh dunia sepanjang tahun 2021; BTS & Seventeen hanya artis Korea yang tersenarai

SEVENTEEN dan BTS mencatatkan prestasi yang membanggakan untuk pemperolehan jualan album terlaris sepanjang tahun 2021.

Pada 1 Mac 2022 semalam, IFPI mengeluarkan senarai 10 album terlaris sepanjang tahun 2021 berdasarkan data jualan album mengikut digital dan fizikal. BTS ialah penyandang terdahulu untuk pemperolehan jualan album terlaris pada tahun 2020.

Walaupun bukan album utama yang diperturunkan untuk kali ini, BTS tetap memperolehi jualan yang agak memberangsangkan menerusi  keluaran album untuk pasaran Jepun iaitu ‘BTS, THE BEST’ yang tersenarai di tangga keempat manakala prestasi SEVENTEEN lebih cemerlang dengan jualan album diperolehinya melalui ‘Attaca’ di tangga ketiga, hanya di belakang 30 (Adele) dan Voyage (ABBA). Selain ‘Attaca’, album ‘Your Choice’ turut tersenarai di tangga kelapan.

Berikut ialah 10 album terlaris di seluruh dunia sepanjang tahun 2021

#1 30, Adele
#2 Voyage, ABBA
#3 Attacca, SEVENTEEN
#4 BTS, The Best, BTS
#5 Equals, Ed Sheeran
#6 Justice, Justin Bieber
#7 Red (Taylor’s Version), Taylor Swift
#8 Your Choice, SEVENTEEN
#9 Snow Mania S1, Snow Man
#10 Fearless (Taylor’s Version)

Di samping itu, IFPI turut menyenaraikan carta 10 artis paling laris di seluruh dunia sepanjang tahun 2021 dengan BTS menduduki di tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut yang sebelum ini acapkali didominasi oleh artis-artis Barat. Malah, lagu ‘Butter’ pula tersenarai sebagai satu-satunya lagu kpop paling laris di seluruh sepanjang tahun 2021, dengan menempatkan diri mereka di tangga keempat.

Berikut ialah 10 lagu terlaris di seluruh dunia pada tahun 2021 menurut IFPI:

#1 Save Your Tears, Weeknd
#2 Stay, The kid Laroi duet Justin Bieber
#3 Levitating, DUA LIPA
#4 Butter, BTS
#5 Drivers License, Olivia Rodrigo
#6 Peaches, Justin Bieber
#7 Blinding Lights, Weeknd
#8 Good A U, Olivia Rodrigo
#9 Montero, Lil Nas X
#10 Bad Habit, Ed Sheeran

Sumber: IFPI

loading...