Pelakon Taiwan ternama, Barbie Hsu yang dikenali dengan drama ‘Meteor Garden’ (Boys Over Flowers atau Hanayori Dango versi Taiwan) bakal melangsungkan perkahwinan dengan DJ dan produser muzik kelahiran Korea, Koo Jun Yup selepas baru empat bulan menjanda.
Koo Jun Yup mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman sosial instagram-nya. “Aku akan berkahwin. Aku bercadang untuk mengikat tali perkahwinan yang mana aku tak mampu lakukan dengan teman wanita sejak 20 tahun lalu. Aku terdengar berita penceraiannya dan cuba hubunginya kembali. Nasib baik nombornya masih sama. Kami berada di dalam lingkungan umur di mana kami tidak boleh membuang masa lagi, jadi apabila aku cadang saja kita berkahwin, dia terus bersetuju dan akan tinggal bersama selepas mendaftarkan sijil perkahwinan,” katanya.
Koo Jun Yup dan Barbie Hsu pernah bercinta selama setahun sebelum hubungan mereka terlerai kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri.
Barbie Hsu yang baru saja bercerai pada November 2021, dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan hartawan Wang Xiaofei.
Sumber: N/A