[Gempar] Soyeon T-ara umum akan berkahwin dengan pemain bola sepak 9 tahun muda daripadanya

Soyeon T-ara bakal mengahwini pemain bola sepak Korea yang sembilan tahun lebih muda daripadanya, Jo Yoo Min pada November 2022 ini selepas tiga tahun menyulam kasih.

“Soyeon akan berkahwin dengan pemain bola sepak daripada kelab Suwon FC, Jo Yoo Min dan pasangan itu akan mengadakan majlis sekitar November ini sebaik saja liga bermusim berakhir. Soyeon akan menjadi lebih sibuk membantu Jo Yoo Min sepanjang liga bermusim itu,” kata jurucakap sumber mendedahkannya pada sport chosun.

Lahir pada tahun 1987, Soyeon ‘debut’ sebagai vokalis utama kumpulan kpop T-ara pada tahun 2009 yang dikenali dengan lagu-lagu seperti ‘Bo Peep Bo Peep’, ‘Roly Poly’ dan ‘Day by Day’. Disebabkan aktiviti T-ara yang semakin direhatkan semenjak tidak meneruskan kontrak bersama MBK Ent., Soyeon banyak menumpukan kepada aktiviti seni sampingan seperti penglibatan di dalam rancangan realiti tv MBC’s ‘Radio Star’, ‘King of Mask Singer’, dan juga SBS Plus ‘Partner’.

Selain Soyeon, Hyomin T-ara turut bercinta dengan pemain bola sepak bernama Hwang Ui Jo. Gosip percintaan pasangan itu mula disebarkan oleh portal Dispatch pada 2 Jan 2022 lalu.

Sumber: sport chosun

loading...