[Gempar] Penyanyi idol daripada kumpulan kpop popular ditangkap polis kerana memandu dalam keadaan mabuk?

Pada 7 Mac 2022 hari ini, cenel Youtube ‘Caracula’ memuatnaik artikel dengan judul, ‘Ketua kumpulan idol popular, A telah ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk.’

“Pada malam 6 Mac semalam bertempat di Sinsadong, Ganganm, Seoul. Ketua kumpulan kpop tersohor telah ditangkap oleh pihak polis selepas memandu dalam keadaan mabuk. Adegan ini telah dirakam secara ekslusif dan akan dipertontonkan secara langsung,” kata pihak produksi cenel Youtube tersebut.

Sekepil foto turut disertakan sebelum siaran langsung bermula. Lelaki yang dipercayai penyanyi idol itu dengan mukanya telah dikaburkan,  didapati sedang menghisap e-rokok berlatarbelakang lelaki lain yang memakai seragam polis. Cenel Youtube itu merancang untuk mendedahkan identitinya bermula jam 9.00 malam 7 Mac 2022 hari ini.

Spekulasi mula dibuat terhadap penyanyi idol daripada kumpulan kpop ternama yang merupakan ketua kumpulan tersebut. Jika identinya didedahkan, maka reputasinya akan tercalar sekaligus menyebabkan imej kumpulan yang dianggotainya menjadi buruk.

Sumber: donga

loading...