Netizen terkejut apabila Ryu Tae Joon dedah sudah berkahwin senyap-senyap dengan seseorang sejak 5 tahun lalu

“Kami sudah berkahwin sejak lima tahun lalu,” dedah Ryu Tae Joon yang kini berusia 50 tahun dalam satu pengumuman yang agak mengejutkan pada 2 Mac 2022 hari ini.

“Hari ini hari jadi biniku. Aku mahu meluangkan masa seharian bersamanya sebagai hadiah harijadinya, maka aku memilih untuk mengumumkan perkahwinan kami,” katanya.

“Untuk kali pertamanya, ada seseorang yang membuatkan hatimu berdetik dan berbunga. Aku telah menemui wanita yang buatku untuk bersamanya hingga ke akhir ayat. Sudah lima tahun usia perkahwinan ini,” sambungnya lagi.

Ryu Tae Joon mendedahkan alasan di sebalik kelewatan pengumuman berita perkahwinan mereka. “Biniku hanyalah orang biasa saja. Aku menangguhkan pengumuman selama kerana mahu menghormati dan menunaikan permintaannya,” katanya.

“Kami telah hidup sebagai pasangan suami isteri, tetapi realitinya ialah majlis kahwin kami terpaksa ditangguhkan kerana wabak Covid-19. Dengan cara lamaran sebegini, aku akan mengadakan majlis kahwin (nikah gantung) semata-mata untuk biniku,” tambah Ryu Tae Joon lagi.

Ryu Tae Joon sebelum ini mengaku pernah mencintai seseorang wanita penulis ‘blogger’ A pada 2018. Berikutan klu yang didedahkan olehnya menerusi laman sosial ketika itu, netizen mengagak bahawa kedua-dua mungkin sudah berkahwin. Namun, disebabkan Ryu Tae Joon dikatakan masih menjalani hubungan dengan bekas kekasih B sejak 17 tahun lalu, beliau terus menafikan gosip perkahwinannya dengan A.

Antara drama lakonan Ryu Tae Joon termasuklah SBS The Great Seer dan tvN Family Secret.

Sumber: fnnews

loading...