Setengah juta unit sudah terjual, TREASURE ungguli jualan album terlaris minggu ini, menurut Hanteo & Gaon

TREASURE mencipta sejarah sangat gemilang buat karier nyanyian mereka, apabila meraih jualan album terlaris di Korea di dalam seminggu dengan jualan melebihi setengah juta unit.

Menurut Hanteo, album ‘The Second Step : Chapter One’ ini, berjaya meraih 539,279 unit di dalam seminggu sekaligus meletakkan mereka di kedudukan no.1 di dalam carta album Gaon minggu ini, sekaligus berjaya memintas pencapaian jualan album yang dibuat oleh Taeyeon, Wonho, Apink dan Kep1er masing-masing dengan INVU, Obsession, Marvelous, Horn dan First Impact di dalam carta yang sama .

Kejayaan ini turut meletakkan jualan album ‘The Second Step : Chapter One’ yang terbaik di dalam seminggu jika dibandingkan dengan album terdahulu, yakni peningkatannya dicatatkan melebihi 50% menurut Hanteo berbanding album ‘The First Step : Treasure Effect’ yang dikeluarkan setahun sebelumnya. ‘The Second Step : Chapter One’ mengandungi 6 buah lagu dengan ‘Jikjin’ dijadikan single utama.

Persembahan TREASURE dengan lagu berkenaan turut membawa pulang trofi kemenangan di Show Champion semalam tanpa membuat kemunculan di atas pentas. Ia merupakan kemenangan pertama mereka di ‘music show’ buat pertama kali sejak ‘debut’ lebih setahun lalu.

Sumber: sportkhans

loading...