Demi janji yang telah dibuat, Wanna One bakal berkumpul hari ini bagi menyambut ulangtahun ke-2 mereka

Wanna One akan menyambut ulangtahun mereka yang kedua dan media melaporkan mereka akan berkumpul bersama bagi meraikannya.

Menurut laporan oleh Spottv News, Wanna One memilih untuk berkumpul bersama bagi meraikan ulangtahun mereka. Bagaimanapun, masa dan tempat tidak lagi dikongsikan kepada umum.

Wanna One secara rasminya dibubar pada 31 Disember 2018 selepas kontrak mereka tamat. Namun, aktiviti mereka secara berkumpulan berakhir pada penghujung Januari 2019. Pada Mac lepas, Lai Kuanlin telah memberitahu penonton ketika menjayakan program Happy Together 4, bahawa kesemua ahli Wanna One telah berjanji untuk berkumpul semula bersama pada 7 Ogos setiap tahun bagi meraikan sambutan ulangtahun mereka.

Biarpun Wanna One telah dibubarkan, namun kelab peminat mereka masih lagi bertahan dan tetap menyokong mereka. Pada 7 Ogos, lagu debut mereka “Energetic” kembali menerokai carta muzik top 100.

Wanna One juga berjanji untuk bertemu semula dengan peminat. Namun, bekas ketua kumpulan ini Yoon Jisung tidak akan hadir sempena sambutan kali ini kerana sedang menjalani khidmat ketenteraan, tetapi mereka akan cuba mengumpulkan seramai mungkin dari sebelas ahli Wanna One. Disebabkan ramai peminat yang menantikan penyatuan mereka semua, Wanna One dijangka akan berkongsi momen-momen indah itu bersama peminat menerusi gambar-gambar atau video.

 

 

TERKINI : Beberapa agensi bekas ahli Wanna One turut beri respon kepada laporan yang menyatakan mereka akan berkumpul bersama.

Agensi Park Ji Hoon,  Maroo Entertainment menyatakan, “Dalam pengetahuan kami, Park Ji Hoon akan mengadakan pertemuan  secara peribadi dengan ahli Wanna One untuk meraikan sambutan ulangtahun mereka yang ke-2.”

Agensi Kim Jae Hwan, Swing Entertainment pula memaklumkan, “Kami ambil maklum bahawa ahli Wanna One merancang untuk berkumpul bagi sambutan ke-2 ulangtahun mereka. Namun, kami tidak tahu maklumat selanjutnya mengenai pertemuan mereka ini.”

 

Bekas ahli-ahli Wanna One kiri giat bergerak secara solo. Kang Daniel baru-baru ini telahpun meriliskan album solo pertamanya “Color on Me”, Park Ji Hoon dan Ong Seung Wu pula sedang menjalani pengambaran drama di mana drama lakonan Ong Seung Wu “Moments of 18” sedang ditayangkan. Lee Dae Hwi dan Park Woojin pula telah debut  bersama AB6IX dengan EP B:Complete, manakala Bae Jinyoung baru sahaja debut dengan CIX  menerusi EP HELLO Chapter 1: Hello, Stranger..  Ha Sungwoon telah kembali bersama HOT SHOT dan turut aktif secara solo dan telah mengeluarkan EP terbarunya, BXXX pada Julai lepas Hwang Minhyun juga kembali menyertai kumpulannya NU’EST dan kini aktif dalam siri jelajah konsert Segno nya. Kim Jaehwan masih aktif sebagai penyanyi solo dan juga terlibat dalam siri jelajah bertemu peminat. Lai Kuanlin juga masih lagi aktif di China dan juga Korea. Yoon Jisung sedang jalani khidmat tentera.

Sumber : spotnews | newsen | OSEN

loading...