Kerajaan arahkan BTS buat konsert dengan kapasiti kehadiran tidak melebihi 50 peratus; konsert IU pula dibatalkan di stadium yang sama

Gambar ini berkemungkinan disunting, telah dipetik daripada pinterest.

Menteri Sukan, Kebudayaan dan Perlancongan Korea telah menetapkan peraturan ketat untuk konsert besar-besaran BTS di Seoul yang bakal dibuat pada 10 hingga 13 Mac 2022 depan.

Menteri Hwang Hee yang dipetik itu berkata, bilangan kehadiran yang dibenarkan untuk konsert berkenaan tidak boleh melebihi 50% dengan hanya 15,000 orang saja ditetapkan bagi setiap satu hari konsert. Penonton konsert yang dibenarkan ialah mereka yang mematuhi peraturan kuarantin termasuklah yang sudah menerima suntikan dua dos vaksin. Stadium Utama Jamsil Sports Complex boleh memuatkan kapasiti sekitar 65,000 orang.

“Kemuncak jangkitan Covid-19 akan bermula pada awal Mac dan berlangsung hingga pertengahan Mac. Industri mengambil masa lama untuk pilih sepenuhnya. Oleh itu, kena rancang awal-awal seperti pembelian tiket sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal,” jelas Menteri Hwang Hee berkenaan alasan di sebalik penetapan peraturan khusus tersebut.

Konsert jelajah di Seoul ini adalah berkonsepkan hibrid di mana penonton boleh menyaksikan persembahan samada secara bersemuka sendiri di dalam konsert (‘offline’) atau menyaksikan sendiri di atas talian (‘online’). Manakala, peluang yang sama juga diberikan kepada peminat BTS di seluruh pelusuk dunia untuk menyaksikan konsert jelajah di Seoul ini secara ‘online’ pada 12 Mac 2022 nanti seolah-olah seperti berada di panggung wayang.

 

 

Dalam perkembangan berlainan, IU telah membatalkan konsertnya di stadium yang sama berikutan kebimbangannya terhadap penularan wabak Covid-19. Notis tersebut dipaparkan oleh Stadium Utama Jamsil Sports Complex pada 22 Feb 2022 hari ini.

Pihak stadium turut akan memulangkan duit jika ada antara peminat IU yang pernah menempah tiket konsert itu sebelum ini. Kendatipun begitu, ramai peminat IU tidak menyedari akan perancangan IU untuk membuat konsert besar-besaran di Seoul tersebut kerana IU tidak pernah memaklumkannya di media.

‘Sumber: newsis, wikitree