[Ulasan Drama] Shin Hye Sun terkejut dikucup Yang Se Jong buat pertama kali

Bagi sesiapa yang menonton drama SBS Thirty But Seventeen atau ‘Still 17’ , pastinya tertunggu-tunggu bilakah adegan kucupan akan berlaku antara Gong Woo Jin (“Yang Se Jong”) dengan Wong Seo Ri (“Shin Hye Sun”) . Ternyata impian korang menjadi kenyataan apabila di dalam episod yang ditayangkan semalam, Woo Jin akhirnya memberanikan dirinya meluahkan rasa cintanya secara kilas menerusi kucupan mengejut dilakukannya terhadap Seo Ri.

Mungkin tak disangka-sangka akan berlaku, Seo Ri terpinga-pinga kerana belum pernah dikucup oleh mana-mana laki sebelum ini, tapi secara berseloroh meminta lagi untuk kali ke-2 sebelum ditunaikan oleh Woo Jin tanpa ragu. Adegan ini berlaku sewaktu Seo Ri diajak oleh Woo Jin ke pentas selepas festival muzik berakhir setelah Seo Ri bertekad untuk tidak menyertai pertandingan violin di saat-saat akhir.

https://www.instagram.com/p/BnTrxx9ASIC/

View this post on Instagram

Episode 12 (23-24)โคโค 1 episode dapet 3 Kiss Oh may gaddd๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ WSR : tadi… bisakah aku sekali lagi… GWJ : baiklah.. ๐Ÿ˜škiss WSR : bukan.. sekali lagi…๐Ÿ˜Š GWJ : lagi??๐Ÿ˜ baiklah.. ๐Ÿ˜škiss WSR : bukan.. maksud aku sebenarnya… Aku ingin melihat gambarnya sekali lagi…๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ … … … ๋ฉ~~~๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ GWJ : ohh. Sekali lagi itu toh maksudnya๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… WSR : othokee… ahjussi kyuut banget๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ #์–‘์„ธ์ข… #์‹ ํ˜œ์„  #์„œ๋ฅธ์ด์ง€๋งŒ์—ด์ผ๊ณฑ์ž…๋‹ˆ๋‹ค #์•ˆ์š”์„ญ #์˜ˆ์ง€์› #yangsejong #shinhyesun #ahnhyoseop #yejiwon #thirtybutseventeen #still17 #30but17 #monday #tuesday #sbsdrama #kdrama #koreandrama

A post shared by ์œ ์šฐ์œ  (@edsm_kdrama) on

Seo Ri memiliki sifat keanak-anakan manja kerana jiwanya masih belasan remaja walaupun sudah berusia 30-an , kesan daripada koma selama lebih 13 tahun. Namun, ia tak membantutkan bakat bermain alat muzik walaupun dia cuba untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran yang dianjak ke 13 tahun kemudian. Kedatangan Woo Jin telah memudahkan Seo Ri menerima keadaan dirinya.

 

Sempat Woo Jin bertanyakan keadaan Seo Ri, Woo Jin berjanji akan menjaga Seo Ri sepenuh jiwa raganya dan sanggup menanti kesediaan Seo Ri walaupun Seo Ri masih mengubati dirinya. Episod berakhir dengan Woo Jin melabuhkan kepalanya di bahu Seo Ri sambil berkongsi ‘earphone’ mendengar lagu-lagu klasik bersama.

SBS Thirty But Seventeen hanya boleh disaksikan melalui Astro 393 ONE HD setiap Selasa dan Rabu pada jam 8.10 pm.

Sumber: star.mk

loading...