[Gempar] Jackson Wang GOT7 & Song Yuqi (G)i-dle disyaki sedang bercinta gara-gara satu video yang tertular di media sosial

Jackson Wang dan Song Yu Qi dikhabarkan sedang bercinta gara-gara video yang mempamerkan kelibat Jackson Wang membawa Yuqi ke kediaman miliknya tersebar meluas di laman sosial.

Video yang tertular di laman weibo dan twittwr sejak tengah hari tadi, dikatakan telah diambil ketika Song Yuqi bertandang ke China sekitar hujung tahun 2021. Kelibat lelaki yang disangka sebagai Jackson Wang itu dilihat menghantar wanita yang didakwa sebagai Song Yuqi tersebut  pulang dengan pemandu peribadinya dan menyerahkan tiga kuntum bunga ros sebagai hadiah selepas bermalam di kediaman miliknya.

Bagaimanapun, timbul persoalan apabila baju yang dipakai oleh wanita itu tidak sepadan dengan apa yang disarungkan oleh Song Yuqi pada 23 Disember 2021 ketika berada di lapangan terbang Beijing untuk berangkat ke Korea. Hal ini kerana baju yang sama itu juga dipakainya sewaktu menjalani sesi rakaman di studio bertempat di Korea pada 25 Disember 2021 manakala Jackson Wang pula dilaporkan telah berangkat pergi ke Amerika Syarikat pada hari sebelumnya. Sebilangan netizen beranggapan bahawa video tersebut telah disunting bagi menampakkan kedua-duanya berada di tempat kejadian.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua agensi pengurusan mereka masing-masing iaitu Cube Ent. dan Sublime Artist sedang dihubungi untuk sebarang keterangan lanjut.

Video Jackson Wang dan Song Yuqi pernah bersama di dalam suatu program realiti tv: https://share.api.weibo.cn/share/284364554.html?weibo_id=4739634809275776

loading...