Wonpil Day6 mengunggui jualan album terlaris pada minggu ini menerusi album solo ‘debut’-nya, Pilmography.
Pilmography berjaya memungut 32,167 unit berpandukan data yang dikutip oleh Hanteo sekaligus menjuarai carta album Gaon pada minggu ini mengatasi pencabar, VIVIZ (Beam of Prism) , Ha Sung Woon (You), Our Beloved Summer OST dan BTS (Lose Yourself). VIVIZ merupakan kumpulan kpop baru dengan tiga orang anggota perempuan saja, ‘debut’ pada seminggu yang lalu.
Di luar negara, Pilmography telah menjuarai carta Itunes beberapa buah negara termasuklah Malaysia, Singapura dan Thailand.
Kesemua sepuluh lagu di dalam Pilmography ini telah disumbangkan oleh Wonpil selaku salah seorang penggubah lagu dan Voiceless dijadikannya sebagai taruhan single utama.
Selain bergiat aktif sebagai penyanyi, Wonpil turut membintangi drama web bersiri, Best Mistake 3 dan beliau turut menyumbangkan suaranya untuk Like A Fire sebagai runut lagu.
Sumber: hanteo, gaon