Red Velvet & (G)I-DLE akan buat ‘comeback’ album terbaru menjelang Mac 2022 depan

Dua kumpulan kpop perempuan sensasi, Red Velvet dan (G)i-dle dijangka akan melancarkan album terbaru mereka masing-masing pada Mac 2022 depan.

Pengeluaran album ini merupakan ‘comeback’ terkini daripada (G)i-dle sejak setahun dua bulan lalu yang mana kali ini pula dibuat tanpa pembabitan Soojin yang telah keluar daripada kumpulan itu pada Ogos 2021 lepas disebabkan tuduhan buli ke atasnya. ‘I Burn’ ialah album terakhir yang menampilkan Soojin dengan lagu Hwaa dipromosikan sebagai single utama.

Manakala pengeluaran album daripada Red Velvet ini pula merupakan ‘comeback’ terkini mereka sejak tujuh bulan lalu. Kali terakhir mereka mengeluarkan album adalah menerusi ‘Queendom’.

Kedua-dua kumpulan kpop ini dijangka akan mendominasi carta-carta muzik pada Mac depan dengan lagu-lagu yang bakal menghinggap gegendang telinga peminat kpop.

Sumber: xsportnews

loading...