Drama tvN Hospital Playlist baru-baru ini telah dispekulasikan akan bersambung kepada musim ketiga berikutan hantaran yang dibuat oleh tiga orang pelakon utamanya, Jung Kyung Ho, Kim Daemyung dan Jeon Mido di laman instagram mereka masing-masing.
Pada 14 Feb 2022 hari ini, Jung Kyung Ho memuatnaik gambar lima sekawan Hospital Playlist berserta gambar swafotonya dengan pelakon Kim Daemyung. Jung Kyung Ho meletakkan tanda pagar #HospitalPlaylist #mido dan #gomtingy sebagai kapsyen gambar tersebut.
Dalam masa yang sama, Kim Daemyung dan Jeon Mido turut memuatnaik gambar lima sekawan juga dengan Kim Daemyung berswafoto secara sendirian.
Lantaran itu, persoalan berlegar-legar samada musim ketiga akan menyusul juga pada tahun ini. Netizen dilihat membuat spekulasi tersebut di ruangan komentar tersedia di laman instagram masing-masing. Walaubagaimanapun, tiada pengesahan daripada pihak produksi setakat ini berhubung dengannya.
Drama tvN Hospital Playlist yang diusahakan oleh gandingan pengarah-penulis skrip siri Reply 1988 ini, berkisarkan tentang cerita lima sekawan doktor pakar yang kini bertugas sebagai profesor perubatan di dalam bidang berbeza di hospital sama: Jo Jung Suk (professor pembedahan am untuk hepatologi), Jeon Mi Do (professor neurologi), Yoo Yeon Seok (professor pediatrik), Jung Kyung Ho (professor kardiologi) dan Kim Daemyung (professor obstetrik dan ginekologi). Musim kedua drama tersebut berakhir pada Sept 2021 dengan Jo Jung Suk dan Jeon Mi Do memutuskan untuk bercinta sejak sekian lama bersahabat.
Sumber: sport chosun