[Gempar] Zhang Yujian & Wu Qian, pasangan cinlok drama China, sah bercerai di Hari Kekasih ini

Zhang Yujian dan Wu Qian (Janice Wu) telah pun bercerai dalam tempoh tidak sampai setahun pun mengesahkan perkahwinan mereka berdasarkan kenyataan yang dibuat agensi mereka masing-masing.

Menurut sumber, mereka telah pun menyiapkan dokumen untuk difailkan ke mahkamah dan akan bercerai secara baik.

Dalam masa yang sama, Wu Qian turut membuat hantaran di weibo-nya mengesahkan berita sedih itu yang kebetulannya berlaku pada Hari Kekasih. Dengan berlatarbelakangkan gambar dia beserta anak perempuannya, Wu Qian menulis, “Hari Valentine untuk kami orang ‘bujang’ “. Zhang Yujian kemudiannya membalas, “Rasa bersyukur kita pernah berjumpa, kita masih berkawan baik dan juga ibubapa kepada anak kecil ini.”

Zhang Yujian dan Wu Qian dikenali sebagai pasangan cinlok drama China yang berjaya menyambung kisah romantis yang dipertontonkan di dalam drama ke alam perkahwinan sebenar. Mereka pernah membintangi drama bersama menerusi “An Oriental Odyssey” (2018) dan “Le Coupe de Foudre” (2019).  Drama Le Coupe de Foudre misalnya menggandingkan mereka sebagai pasangan romantis hingga membuatkan nama mereka meniti di bibir peminat drama China di serata dunia.

Pada Mac 2021, Wu Qian dilihat membawa seorang anak kecil keluar berjalan hingga mendatangkan spekulasi bahawa Zhang Yu Jian ialah bapa kandung kepada anaknya. Serentak dengan itu, Zhang Yu Jian mengesahkan bahawa dia telah berkahwin dengan Wu Qian dan anak itu merupakan anak mereka bersama.

Sumber: weibo

loading...